Monday, March 24, 2008

Berpindah.

Penyewa rumah ini telah berpindah ke http://tatasthought.wordpress.com/
Beliau mengajak anda menjengah ke rumah baru beliau.

"Jamuan satay ada disediakan."

P/S: Sila berfikiran sebaliknya untuk tag di atas ya.

Friday, March 21, 2008

Tolong la enchek..

Tolong la enchek..
bangun la.. pergi la duduk kat dalam sana!
enchek tak nampak ke sy tgh tekun menulis ni??
sy bukan buat² sibuk menulis..
tapi sememangnya sy tgh byk kerja ni!
tak kan sy nak tunjuk senarai pending job sy kat enchek kan??
giler baban ke apa sy???
enchek tak perasan ke??
yg skang ni sy paksakan diri utk senyum??
sy penat nak tahan diri dari menjerit ke muka enchek..
nak suruh enchek BLAHHHH dari meja saya ni..
TOLONG LAHHHH!!!!!!!!!

stop asking me question that you already know the answer.. please!!!!

could someone please grab a hammer and smash me into billions of pieces???
i beg you pleasee!! i could pay u for doing that... pleasssseeeeeeeeee!!!!

~x( *at wits end* ~x(

Thursday, March 20, 2008

Selawat SAW.

Rasullullah S.A.W. telah bersabda bahawa:
"Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S, Israfil A.S, dan Izrail A.S telah berkata kepadaku.."

Berkata Jibrail A.S.:
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atas mu setiap hari sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S.:
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S.:
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata.:
"Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh Para Nabi-Nabi."

Mudah-mudahan kita menjadi golongan orang yang mendapat rahmatNya. Insya Allah.

Forwarded email untuk renungan bersama.

Wednesday, March 19, 2008

Dunia IT.








Source: Email le.. hahaha.

Tuesday, March 18, 2008

Surat terbuka untuk..

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kehadapan Cik Tammy, Cik Usar dan Cik Usil, semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sepenuhnya. Saya ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku malam tadi. Untuk rujukan dan kefahaman bersama, mari kita review apakah sebab musabab kejadian yang tidak diingini malam tadi berlaku.

Berikut adalah jadual saya pada hari Isnin 17.03.08 untuk rujukan bersama.

  • 6.40am : segelas air kosong
  • 7.05am : nasi goreng, tomoyam, air kosong
  • 7.10am - 4.50pm : 2keping biskut bergula, 2biji gula², tiada air kosong
  • 4.52pm : nasi goreng, air kosong
  • 8.05pm : nasi goreng, air teh o
  • 8.40pm : rojak mee, air sarsi.
  • 9.00pm : jemput² bilis, air teh o.

OK... jadual yang berwarna merah TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU!! and yet it did happened. Why? Sebab saya terlalu asyik mendengar kata Cik Hafsu. Oh makan la lagi, jangan risau baru pukul berapa kan? Malam masih muda, perut tu kan ke lapar, makan la.. makan la. Masa itu saya langsung tidak terfikir untuk bertanya pendapat Cik² sekelian, dan tidak terfikir pun akan akibat nya pada kita semua.

Jadi dengan itu berlaku la pengembaraan saya bertemu dengan Cik Puan Tan selama beberapa kali sepjg tengah malam tadi. Saya tahu walaupun saya tidur tapi Cik² sekelian tidak tidur kan? Sebab sibuk bekerja untuk saya juga. Saya sedih! Sebab atas kelalaian saya, kita semua jadi begini.

Dengan itu saya memohon maaf secara terbuka kepada Cik² sekelian. Di sini saya berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan ini. Saya berharap agar Cik² sekelian dapat memaafkan saya dan semoga selepas ini kita dapat bekerjasama dengan lebih harmoni lagi.

Sekian terima kasih. Wassalam.

*Cik Tammy - Cik Perut
*Cik Usar - Cik Usus Besar
*Cik Usil - Cik Usus Kecil
*Cik Hafsu - Cik Hawa Nafsu
*Cik Puan Tan - Cik Puan Tandas

Monday, March 17, 2008

Tips untuk kesihatan.

Answer the phone by LEFT ear
Do not drink coffee TWICE a day
Do not take pills with COOL water
Do not have HUGE meals after 5pm
Reduce the amount of TEA you consume
Reduce the amount of OILY food you consume
Drink more WATER in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS
Do not use headphones/earphone for LONG period of time
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

Forward this (or post to your blog) so that those whom you CARE about share the benefits.

Source: email!

Abg 'tak betul' saya.

Saya berjalan-jalan ke rumah lama saya di Friendster dan terjumpa satu entry ini. Tiba-tiba timbul idea menculik entry ini dan letak dalam rumah baru (since my abang's birthday is just around the corner.) Entry bertarikh November 20, 2007 ni saya edit sedikit dari segi bahasa dan ejaan nya.


Abg 'tak betul' saya..

Semalam masa saya tengah menyibukkan diri dengan kerja pejabat yang sememangnya tak tau sampai bila sibuknya, "abg saya" sms. Macam biasa bertanya khabar dan berborak.

abg saya:"Adik jgn gelakkan abg tau. Semlm masa temankan emak pergi pasar, emak belikan anak buah kereta control mainan, abg pun nak satu kereta mainan."
saya: "Oo ye ke.. dah tu abg beli tak?"
abg saya: "Beli! Abg beli 1 lori bomba mainan."
saya: "Haa? Lori bomba abg beli? Lori bomba?! Ni yg mmg nak kena gelak ni bang."
abg saya: "Yelah, nak buat mcm mana, dah teringin abg beli la."
saya: "Dah tu abg main tak lori tu? Emak cakap apa?"
abg saya: "Abg tak main, letak je kat atas tv buat pameran. Emak tak cakap apa pun, emak diam aje."
saya: "Yelah emak tau tu bang yg anak bongsu nya ni dah masuk peringkat hidup seterusnya. Abg abg.."

P/S: Abg saya ni seorang abg yang paling baik yang pernah saya kenal dan bekerja di JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT!

Friday, March 14, 2008

Anak mendengar kata.

Suatu hari di perhentian bas Pudu dalam bas menuju ke Alor Setar, Kedah.

Ayah: "Bang, ni saya hantar anak saya ni. Nanti kalau dah sampai di Ipoh, kejutkan dia ya."
Pemandu: "Hmm.. ye la.."

Dengan lafaz bismillah maka mereka pun memulakan perjalanan. Dalam perjalanan si anak tadi bertanya pada pemandu, "Pakcik kita dah sampai Ipoh ke?" "Belum lagi, baru nak keluar KL ni." jawab pemandu. "Oo ye ke." Terangguk-angguk la anak itu tanda faham.

Kira-kira 1 jam kemudian bertanya lagi si anak tadi, "Pakcik kita dah sampai Ipoh ke?" "Belum lagi. Masih jauh lagi ni. Apa kata anak tidur dulu, nanti dah sampai pakcik kejutkan, ya?" Cadang pemandu bas itu. Si anak tadi pun lega rasanya, "Ok." jawab nya dan dia pun tidur. Lalu perjalanan pun diteruskan.

Untuk pengetahuan pakcik ini adalah seorang yang komited dan berdedikasi pada pekerjaan nya, terlalu khusyuk memandu sehinggakan dia terlupa untuk mengejutkan anak itu tadi, sedangkan bas sekarang sudah sampai di Alor Setar.

Macam mana ni? Sedangkan anak itu nak turun di Ipoh? Maka berbincanglah pemandu bas itu dengan penumpang-penumpang yang lain. Setelah bermesyuarat yang tanpa ada pengerusi tetap maka kata putus pun dicapai. Kerana kasihan pada budak itu mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Ipoh.

Sampai di Ipoh pakcik tadi pun mengejutkan la si anak itu, "Naakk.. bangun. Kita dah sampai Ipoh dah ni."
"Haa.. kita dah sampai Ipoh ye pakcik? Yea yeah..."
Maka bangun la anak itu dan terus mencapai bag yang dibawa nya tadi. Lalu dikeluarkan la bekal makanan dan dia pun mula memakan nya. Yang lain kehairanan.
"Eh anak ni nak pergi mana sebenarnya?" tanya pakcik pemandu itu.
"Saya nak pergi ke Alor Setar, pakcik."
"Dah tu kenapa suruh kejutkan bila sampai Ipoh??"
"Oo.. mak saya pesan suruh makan bekal ni bila sampai di Ipoh. Makan.. pakcik. Bismillah..."
Haaa...??



So children, what is the moral of this story? Jawab jangan tak jawab.. hehehe.

P/S: Cerita ni diceritakan oleh pensyarah semester 1 saya.

Wednesday, March 12, 2008

3.3.3

Dalam laci di pejabat

  • handphones
  • kunci pejabat
  • fisherman's friend
    (hadiah pelanggan masa sakit tekak itu hari.. hensem woo mamat tu!!)(p/s: pakcik kalau awak terbaca entry ni.. ala pakcik memang hensem kan??? hahaha)
Dalam laci di bilik tidur
  • lens sebelah kiri
  • handphone sagem lama
  • lip balm

Dalam laci di dapur (rumah saya tiada laci dapur.. semua open-air je..)

Dalam handbag (3x3=9)

  • duit syiling/ringgit/pas bulanan
  • ic/license/atm card
  • pen/nota kecik/earphone handphone

Dalam wallet (sorry saya tak de wallet/purse/dompet atau sewaktu dgn nya..)

Nama teratas dalam phonebook (Maxis)

  • +6012XXXXXXX - ehem ehem
  • A Din - pelanggan
  • A Esa - kenalan YM

Nama teratas dalam phonebook (Cek kom)

  • A Amir -ex-colleague
  • Abah - abang betul saya
  • Abg Aku - abang tak betul saya

Nama paling last dalam phonebook (Maxis)

  • Zurin - ex-colleague
  • Zulkifli - ex-student
  • Zety - kawan AYSK

Nama paling last dalam phonebook (Cek kom)

  • *cek kom* - nak reload prepaid utk pelanggan
  • *bos saya* - en bos saya
  • +6012XXXXXXX - ehem ehem (lagi!)

Nama speed dial (tak suka guna dan tak set pun..)

Souvenir paling dekat dengan kamu sekarang

  • Pen dari Sarawak - pelanggan bagi
  • Baju kurung ungu yang saya pakai - juga pelanggan bagi (saya tolong edit kan tesis nya)
  • Keychain spongebob - Afiq, anak buah saya bagi.

Stationery berwarna merah yang terhampir di sekitar kamu

  • Memory card reader (eh itu stationery ke??)
  • Pen merah - tgh semak borang E-Majikan
  • Pensel 2B - batang nya warna merah

Kawan-kawan yang nak ditag; che naa dah tag jadi saya nak tag pula batir omongan saya..

Monday, March 10, 2008

Ooo Cik Kak..

Selamat hari jadi pada kakak ke-4 saya pada 09.03, semoga cepat-cepat la hang bawak marka hang tu mai jumpa mak, hehehe dan juga pada kenalan saya yang berkhidmat dengan K.A.G.A.T 10.03, selamat hari jadi!

Wawawah... pilihanraya sudah tamat, dan saya rasa ramai yang terkejut kan dengan keputusan nya. Bagi saya ini lah tanda negara kita negara demokrasi, dan erti kata lain membuktikan yang SPR adalah telus. Tapi tak tahu la kalau keputusan kali ni disengajakan dicipta hanya untuk membuktikan ketelusan SPR tu.. hmm hanya mereka dan kroni-kroni mereka saja yang tau.


Entri kali ini sebenarnya pasal ketidak puasan hati saya pada orang lain.


Semalam (ahad) saya dan abg saya mengisi minyak di Shell on the way ke majlis perkahwinan sepupu kami. Sampai di stesen minyak, tak banyak kenderaan yang ada. Ternampak kelibat 2 orang kakak sedang berborak di lane 2. Jadi kami pun masuk ke lane hujung. Hampir seketika tak nampak pula inisiatif mereka nak datang dan mengisi minyak kereta kami. Masih lagi berborak.
"Eh
self service ke bang?" tanya saya kat abg.
Setahu saya di kawasan ini masih lagi guna pekerja. Jadi kami pun tukar ke
lane 2 tempat mereka berborak, mungkin mereka tak perasan kot.. (ya la kereta kami ni kocik yo..)

15 saat berlalu.. masih lagi tiada tanda-tanda nak bergerak. Cuaca di luar makin panas, hati saya pun ikut panas jugak.

Tiba-tiba abg saya yang menduda sementara ini pun buka la cerita. Dia kata hari tu orang rumah dia (kakak ipar saya) isi minyak di stesen yang sama dan rasanya dengan pekerja yang sama juga. Bila dah habis isi kakak ipar saya ni pun terus la keluar stesen. Dalam perjalanan dia terdengar bunyi. Bila diperiksa rupa-rupanya penutup tangki minyak ada di atas bumbung! Alhamdulillah sempat tengok, kalau dibuatnya penutup tu tercicir kat tengah jalan, tak ke jadi hal nak pi cari lain? Ada jual ke? Kat mana jual nya? Itu kalau sikit tu tak pe la, kalau dibuat nya apa-apa hal lain berlaku macam mana? Masa tu anak buah saya pun ada ikut sama dalam kereta. Hmm asyik sangat berborak sampai kan terlupa nak tutup semula. Apa kejadah nya la mereka ni buat kerja..!

Lepas dengar cerita abg saya ni apa lagi naik hangin la saya!
"Dah la kak! Jangan la nak borak aje!!"
Baru lah kakak tu bergerak. Itu pun mulut masih lagi tak berhenti berborak tu. Tension nya saya!!
"Hish.. adik aku ni." Biasa la bang hati
manyak panas maa..
Lepas isi kami pun terus
blah.
"Tak payah nak ucap terima kasih. Tak patut pun nak cakap terima kasih kat orang macam ni." eheh abg saya pulak bebel?!


Bagi saya walaupun sebesar mana perbuatan kita sedikit sebanyak mempengaruhi dan memberi kesan pada orang lain juga tanpa kita sedari. Bagi kita kecil je perbuatan tu tapi kesan dan impak nya boleh memakan masa yang lama dan berterusan pula tu. Jadi kepada kakak-kakak stesen minyak tadi tu, sila la beri perhatian dan tumpuan pada kerja anda ya. Bukan tak leh berborak tapi tengok la waktu yang sesuai. So tolong ya kak ya... ok?!

P/S: Sepupu saya ada share tau kat stesen minyak tu, karang tak pasal-pasal saya jadi jahat karang.. hahahahahaha!!!!! (Ketawa sambil tanduk sudah timbul sedikit.)

Friday, March 07, 2008

Malam Jumaat..

Abah saya seorang bilal merangkap imam di surau kampung saya, selain mengajar mengaji anak-anak jiran termasuklah kakak-kakak saya sendiri. Setiap malam Jumaat pula diwajibkan bacaan Yasin beramai-ramai. Tetapi selepas abah saya berpindah duduk taman, tugas itu tidak lagi diteruskan.


Ketika saya di sekolah rendah, tugas itu digantikan oleh Kak Ngah saya. Hampir setiap malam selepas Magrib saya dan abang saya akan belajar mengaji dengan nya. Kak Ngah saya seorang ustazah (bagi saya yang sangat garang!) di sek agama. Hampir setiap malam juga la kami berdua akan berlinangan air mata jika tersalah bacaan. Tak perlu rotan tak perlu cubitan, cukup la jelingan dan suara yang dikeraskan, dah cukup untuk menggerunkan saya. Kak Ngah saya banyak mengikut gene abah saya. Saiz badan nya yang tinggi dan besar, muka yang garang dan serius. Sekarang tak tau la kalau dia masih begitu dengan anak murid nya.


Sehingga sek men setiap malam Jumaat diwajibkan membaca Yasin. Sehingga ada yang mengatakan bidaah Yasin dibaca pada malam Jumaat. Tapi saya tak endah sebab bagi saya kalau niat kita baik lain hal sepatutnya tiada masalah. Ketika di kolej pula rutin malam Jumaat saya sudah bertukar digantikan dengan Surah Al-Kahfi. Saya pernah terbaca satu artikel (saya lupa mana satu!) mengatakan barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi dipagi, malam atau siang Jumaat, dosanya akan diampunkan dari hari Jumaat ini sehingga Jumaat lagi satu. Lebih kurang macam tu la, saya tak ingat. Dan sejak itu saya baca Al-Kahfi. Surah ni memang panjang berbanding Yasin tapi saya sambung bacaan keesokan harinya. InsyaAllah itu pun jika tiada aral.



Kenapa saya tulis entry ini?



Malam tadi selepas Magrib saya terkenang zaman kanak-kanak saya. Hmm sebab sekarang bila dah menginjak dewasa dan kita semakin melupakan rutin harian yang kita buat masa kecil dulu. Kita dah terlalu sibuk dengan kerja harian, sibuk dengan tuntutan dunia dewasa kita. Kita lupa betapa seronoknya menjadi kanak-kanak. Tak perlu risau pasal kerja, pasal bil-bil bulanan, hutang pelajaran, masalah pelanggan, masalah pakwe, masalah syarikat, dan macam-macam masalah lain.



Yang kita tahu Isnin hingga Jumaat sekolah. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk main! Main, main, main dan main! Baling selipar, baling tin, galah panjang, konda-kondi, sip-sip, lam-lam prit, kubang parit, panjat pokok, main guli, jelajah estet kelapa bali, polis sentri dan macam-macam jenis permainan. Saya membesar dengan dipengaruhi abang saya. Saya lebih suka main dengan kawan-kawan lelaki abang saya berbanding budak perempuan, sebab nya sikit-sikit main gaduh dan nangis. Saya tak suka betul! Sebab tu saya main dengan abang saya. Lagi pun saya ni satu-satu nya adik kesayangan dia!!

Hahahaa... seronok nya zaman masa kecil dulu kan? Hmm... nak balik zaman tu semula boleh tak?

Thursday, March 06, 2008

Saya masih bawah umur..

Ketika bahang pilihanraya mula melanda (memang terasa sangat, sebab pejabat saya berdekatan dengan pejabat-pejabat dua parti utama ini, dan mereka selalu menziarahi pejabat saya) saya telah mula menyemak nama dalam SPR dengan harapan tahun ni dapat la mengundi. Seawal Febuari saya menyemak dan keputusan nya..



.. hampa nya saya!

Beberapa ketika kemudian saya semak lagi dengan anggapan mungkin berlaku keajaiban, nama saya tiba-tiba masuk ke.. kan mana la tau kan?


Namun jawapan yang saya terima tetap sama.


Kemudian saya semak lagi untuk kali ketiga dan terakhir, dan ini lah jawapan yang saya terima.




Hmm nampak nya laman web ni pun dah naik boring dengan percubaan saya yang bertubi-tubi. Saya terpaksa akur dan mencuba lima tahun lagi.


Jadi bila saya ditanya soalan-soalan seperti,

"Mengundi tak tahun ni?"

atau

"Mengundi kat mana?"

saya hanya mampu menjawab

"Saya masih bawah umur, belum boleh mengundi."

dengan harapan tak perlu lah saya nak mengulang jawapan yang sebenar iaitu,

"Saya dah mendaftar dari tahun lepas lagi, tapi nama saya tidak masuk dalam rekod. Sampaikan saya memarahi pegawai yang mendaftarkan saya dan saya mengesyakki beliau tidak mendaftarkan pun nama saya. Agaknya dia tahu kot saya kat parti mana? Hahaha mustahil!!",

kan begitu panjang jawapan saya untuk diulang beberapa kali kan?


Jadi kesimpulan nya saya masih bawah umur... hehehe saya masih muda belia.. yea yea... peace!!

Tagging

Cik Tata telah meminta Cik Nana meng tag beliau. Maka Cik Nana Yang Baik Hati telah meng tag dan meminta Cik Tata memasukkan tagging tersebut dalam blog. Berikut adalah soalan tag.

1. The song you’ve been most singing to yourself recently?
Tari Tualang Tiga by Sanisah Huri. 1st time dengar lagu ni masa Ayu OIAM nyanyi dan terus minat. Download guna Ares, masuk phone jadi la ringtone.

2. What do you currently want right now?
A very quite and nice surrounding so that I can finish my pending tasks. A lot of pending tasks!!

3. What did you do today?
My never ending tasks. Tak habis task ni datang lagi task lain.

4. What have you been thinking about most today?
Where have my office keys gone??

5. Do you ever just sit outside and watch the stars?
Sejukk la kat luar tu.. gelap lagi pun.

6. What is your current annoyance?
Someone saying, “Kak bukak kasut ke?” Sedangkan di luar dah nampak kasut berlonggok dan lagi ada sign said Sila Tanggalkan Kasut!

7. Do you want a new cell phone?
Nope. In fact i have 2. Ngeh ngeh..

8. Are you waiting for someone right now?
My knight in shining armor.. kah kah kah..

9. Name two things you’re looking forward for next week?
Tuesday: Sindarela and Close To Home. Hehehe.. best woo citer ni!
Sunday: Leh lepak rumah cuti maa...!

10. Can you make new friends easily?
Absolutely! Saya boleh berkawan dengan sesiapa saja. Makcik Sapu Sampah, Pak Guard Bank, Manager Bank even Lawyer pejabat atas tu pun saya boleh kawan.. hehehe..

11. Do you plan out what you wear the day before you wear it?
Of course!

12. What is life to you?
Slaveness to Him.

13. Have you ever fallen for your best friend?
I don’t have any male best friend.

14. If you had a chance to save someone significant to you, would you?
InsyaAllah.

15. How many times do you eat each day?
A never-miss
breakfast, a sometimes-purposely missed lunch and dinner.

16. How do you cheer someone up?
Ntah tak pernah pun..

17.Are you a morning person?
Yes. Kalau cuti terlajak juga la.. hahaha

17. Is it easier for you to fall asleep or to be woken?
Fall asleep yes. To be woken, panggil nama sekali je dah bangun, kalau jam hampeh tak bangun juga.

18. Think of one person, stick with it. You don’t have to say their name. Would you pick them up alone 100 plus miles away if it was your birthday?
Nak buat apa? Birthday saya depa la kena mai.

19. Give two reasons why you get distracted in work.
Call-in, walk-in, task-in. Ehh ni dah 3.. hahaha

20. Do you think it’s funny when people get hurt?
Nope. Tak baik gelakkan orang.

21. Would you rather go to Tokyo or Paris?
Tokyo la best. Dasar Pandang ke Timur. Hait! Ohayo gozaimas!

22. Do you have a guitar in your house?
Kejadah apa ada gitar kat rumah saya?

23. Do you wish you were somewhere else right now?
No. Becareful of what you wish for.

24. How often do you get onto friendster?
Tengok mood and line clear ok je.

25. How long can you go without your mobile phone?
My boss will calling me anytime, anywhere. Panggilan percuma la katakan.

26. Where’s your mobile phone?
Both inside my drawer in silent/vibrate mode.


Tengkiu Cik Tax Nana Yang Baik Hati.

Wednesday, March 05, 2008

A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu 'alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

When after the burial, the people return home, 2 angels, Munkar and Nakeer, come in the grave and try to separate this handsome man so that they may be able to interrogate the dead man in privacy about his faith. But the handsome man says, 'He is my companion, he is my friend. I will not leave him alone in any case. If you are appointed for interrogation, do your job. I cannot leave him until I get him admitted into Paradise '.

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an , neither a Prophet nor an angel.'


I have this email forwarded to me by my friend and want to share with others.

Tuesday, March 04, 2008

En Spongebob & Cik Poppy Puff

En Spongebob:
Maaf ya lambat balas mesej awak. Sarapan apa hari ni? Hujung minggu ni awak nak datang jumpa saya dengan siapa?

Cik Poppy Puff:
Seorang saja. Awak?

En Spongebob:
Saya pun seorang juga. So saya nak tunggu awak di mana?

Cik Poppy Puff:
Kawasan tu tempat apa yang awak tahu?

En Spongebob:
Saya tak tahu, tak pernah masuk pun tempat tu. Masjid dekat kawasan tu tahulah saya.

Cik Poppy Puff:
Kedai buku sebelah bank tu tau tak?

En Spongebob:
Tau. Saya tunggu awak kat situ ya. Jam berapa?

Cik Poppy Puff:
Lebih kurang 11 ke 11.30 pagi. Boleh?

En Spongebob:
Ok boleh.

Cik Poppy Puff:
Awak jangan lari ya lepas nampak saya.

En Spongebob:
Kenapa saya nak lari pulak? Hodoh dan gemuk sangat ke awak ni?

Cik Poppy Puff:
Hodoh dan gemuk dan sungguh tak lawa.

En Spongebob:
Kalau macam tu tak mengapa lah. Saya tetap nak jumpa awak juga.

Cik Poppy Puff:
Tak pe nanti kalau nak lari kita lari sama-sama ya.

En Spongebob:
Ok. Kita tengok siapa yang lari paling laju.

Cik Poppy Puff:
Ala dan dan tahu awak lari paling laju..

En Spongebob & Cik Poppy Puff:
Hahahaha...


P/S: Cerita di atas telah diperbaiki dari segi ejaan dan tatabahasa nya. Kalau ada yang masih salah, hmm maaf kan la hamba. Tak sengaja la tu..

P/S/S: Cerita ni tiada kena mengena dengan hamba ya... jadi hentikan la membuat spekulasi. Nana jaaa-at!!!!

Monday, March 03, 2008

Bos Power!



Ini kisah seorang makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah syarikat besar. Disebabkan masalah pekerjanya yan agak kurang motivasi dan selalu cuai juga pemalas, bos baru ni membuat keputusan untuk mengajar mereka pada first day dia bekerja. Jadi sesiapa yang dia nampak paling pemalas, akan dipecat nya on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang bersandar di tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu.." dia menjerit.
Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Berapa gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang agak keras
"Dalam RM800" pekerja itu menjawab.
Bos tu menjawab, "Nah ambil RM800 ni, BERAMBUS DARI SINI. KALAU NAK MALAS-MALAS PERGI TEMPAT LAIN!!"
Pekerja tersebut mengambil duit itu dan terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerja nya, seperti mahu mereka faham, siapa malas, tentu kena pecat! Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam pejabat nya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ, "Mamat tadi tu kerja department mana?"
Jawap si pekerja,"Owh, dia tu anto pizza."



P/S: Macam black Monday pula hari ni. Ini saya terima dari email yang baru sampai tadi. Cerita ni sudah saya edit sedikit ejaan nya.

Saturday, March 01, 2008

Normal atau tidak?

Hari ini hujan sungguh lebat. Dari saya mula keluar rumah sehingga la saya sampai di pejabat, hujan masih lagi maintain lebat nya. Dalam keadaan cuaca sebegini saya selalu berseloroh dengan emak dan kakak-kakak saya. “Macam mana nak duduk London kalau baru sejuk macam ni dah tak tahan?” Ketika cuaca panas pula saya akan berkata, “Mak jom kita pindah duduk London mak, Malaysia ni panas la..”. Hahaha!


Sungguh baik hati nya abang pemandu lori kontena itu kerana memperlahankan kenderaannya ketika saya hendak melintas jalan tadi. Di tepi jalan tu ada lopak berair jadi kalau dia laju sudah tentu saya akan kebasahan. Terima kasih ya abang pemandu. Hanya Dia saja yang akan membalas jasa baik abang itu. Ohoh saya bukan nak cerita pasal hujan atau pasal abang pemandu itu, itu hanya selingan saja.



Semalam selepas tamat waktu pejabat saya singgah di kedai emas untuk mengambil gelang yang sudah siap disambung. Sambil menunggu, mata saya melilau memerhati pelbagai barangan kemas yang dipamerkan tanpa ada apa-apa perasaan pun. Saya tidak anggap itu adalah barang kemas, yang saya nampak hanya lah sekumpulan tali-tali pendek dan panjang yang berwarna kuning bercampur putih yang disusun rapi dalam rak kaca.

Saya teringat satu babak dalam drama Hong Kong yang dah lama ditayangkan. Encik A memberi batu permata kepada Cik B. Cik B menerima tanpa ada rasa excited pun, sedangkan watak-watak cik-cik lain bila diberikan barang kemas mereka bergaduh dan berebut-rebut barang kemas itu. Lambat laun Encik A tahu yang Cik B itu adalah seorang lelaki yang menyamar menjadi perempuan. Encik A tahu Cik B adalah lelaki kerana sudah menjadi lumrah perempuan bila menerima atau melihat barang kemas mereka akan jadi teruja dan mata mereka bersinar kegembiraan, sedangkan Cik B tiada apa tindak balas pun.

Jadi saya terfikir, lelaki ke saya ni? Eh? Tak pulak. Bentuk fizikal saya, rupa paras dan jantina saya semua perempuan punya. Kalau macam tu normal ke tidak saya ni? Eh masih lagi normal. Cuma mungkin dari segi yang ini saya kurang normal sket kot? Tapi saya memang tidak berminat dengan barang kemas. Gelang tangan yang saya pakai ni pun adalah atas pembelian kakak ipar saya. Kalau musim perayaan atau keramaian saya akan terpakai gelang atau cincin atas pengaruh kakak-kakak saya, itu pun atas pinjaman mereka juga. Hahaha apsal la saya ni ya? Kadang tu terfikir juga adakah sebab abang atas saya lelaki jadi saya lebih kepada gender itu? Hmm mungkin kot.

Jadi akan beruntung kah lelaki di luar sana yang menjadi orang sebelah saya atas kekurangan saya ini? Argghh saya malas nak teruskan berfikir! Lepas melunaskan bayaran terus saya berjalan keluar kedai dan balik rumah.


P/S: Hari ni 01.03.08 adalah hari jadi kakak ke3 saya. Selamat hari jadi mama. Semoga terus menjadi hamba, umat, anak, kakak, isteri dan mama yang baik dan solehah kepada kami sekeluarga.
P/S/S: Hari ni juga majlis perkahwinan kawan saya Fizz. Selamat pengantin baru dear!!

Friday, February 29, 2008

Afiq & Tudung.

Pagi tadi masa saya turun nak sarapan Afiq masih duduk di kerusi.
Saya: "Eh kenapa tak makan lagi?"
Nenek: "Arek ngenteni acik eh jugak.." (bahasa jawa, hehehe)
Saya: "Oo ye ke.. jom."


Masa di meja makan saya teringat pasal cerita tudung semalam.

Saya: "Afiq ingat tak semalam Afiq ada kata perempuan tu bertudung tapi nampak rambut?"
Afiq angguk.
Saya: "Kenapa Afiq cakap macam tu?"
Afiq diam.
Saya: "Sepatutnya perempuan pakai tudung macam mana?"
Afiq: "Macam acik la." (Masa tu saya dah siap berpakaian nak ke tempat kerja.)
Saya: "Mana Afiq tahu? Siapa beritahu?"
Afiq: "Ustazah yang cakap. Ustazah kata perempuan kena tutup aurat."
Saya: "Ustazah mana yang cakap?" Afiq tunjuk arah ke sekolah di rumah Opahnya. "Aurat tu apa Afiq?"
Afiq: "Err.. tak tahu."
Saya: "Hmm tak pe la teruskan makan."


Saya berhenti untuk menerangkan pada dia apa itu aurat. (Saya berhenti sebab takut terlewat ke pejabat dan takut dia terlewat ke sekolah.) Tapi sekurang nya dia tau yang aurat tu adalah sesuatu yang wajib ditutup. Kalau semua orang dewasa boleh berfikir macam yang Afiq fikir, tidak mustahil dunia ni menjadi tempat yang aman untuk diduduki, bukan begitu?

Thursday, February 28, 2008

Plaster.

Masa saya tengah mem busy kan diri menyiapkan kerja, saya terima buzz dari Nadia. Nadia adalah antara kawan saya dalam seminar yang kekal dari semester 1 hingga semester sekarang, yang lain kebanyakkan nya dah tenggelam. Bijak si Puan Nadia ni, setiap semester dapat AD (Anugerah Dekan) huhuh jealous betul saya.

Nadia baru meng post gambar cahayamata nya yang kedua. Gambar di bawah ini hanya gambar hiasan saja, kerana tak sempat nak minta ijin Nadia untuk letak gambar cahayamata nya di sini, jadi gambar ini hanya lah pengganti sahaja.



Saya.: nadia.. tembam nya!!!
Saya.: ikut muka sape tu?
Saya.: mata cam mata awak..
Nadia: td baru ambik gambar tu
Nadia: dah 2 bulan 6 kg
Nadia: wuts wit the plaster??
Saya.: hahaah
Saya.: nothing
Saya.: just to menampal hati yg sedang luka
Saya.: hahaha
Nadia: terluka ke??
Nadia:hehehe
Saya.: hahaha
Nadia: wah....cian
Saya.: ni tgh nak ubat kan la ni
Saya.: hahahah




So far Nadia lah orang pertama yang menegur saya kenapa saya letak gambar plaster ni di YM saya. Sebenarnya ada maksud yang tersurat dan tersirat tapi saya belum hendak beritahu di sini. Nak simpan dulu then satu hari nanti saya akan post juga. Antara kata lain pula saya suka sesuatu gambar yang boleh memberitahu akan kedudukan atau keadaan saya ketika itu.


Eheh sejak bila pula saya suka gambar ni? Hmm biasa air sungai lagi kan berubah kan? Chewwah..

Afiq.

Seperti biasa di waktu pagi ketika bersarapan di rumah, tv akan dibiarkan terpasang untuk kami mendengar berita yang mana tak akan sempat untuk ditatap kemudian hari. Secara kebetulan masa tu berita menayangkan seorang menteri perempuan ditemuramah mengenai isu pilihanraya waktu ini. Saya hanya mendengar tanpa melihat pun tv tu.

Tiba-tiba Afiq berkata, "Pakai tudung tapi nampak rambut!" Eh? Saya mendongak, rupa-rupanya sambil makan mata nya tak lepas memandang tv. Saya tersenyum sendiri. Budak kecil yang baru darjah 3 ni pun tahu yang tudung tu sepatutnya dipakai elok untuk menutup rambut. Mungkin selama ini dia tak pernah nampak perempuan bertudung setengah, yang dia selalu nampak sama ada tidak bertudung atau bertudung penuh, tiba-tiba hari ni dia ternampak. Hmm macam culture shocked pula dia.

Amboi-amboi, anak saudara saya sudah semakin bijak rupanya sejak dia berpindah duduk di rumah saya ini. Hehehe... eh perasan nya saya ni!


P/S: Ini gambar hiasan saja ya. Saya dapat dari sebuah email. Maaf ya peminat Mawi di luar sana.

Wednesday, February 27, 2008

Kenalpasti Adakah Anda Stress?

BACA DAHULU SEBELUM TENGOK GAMBAR.

Gambar dilampirkan ini adalah satu bahan yang digunakan untuk satu kajian stress di hospital St Marry, Birmingham London.

Lihat kedua-dua dolphin yang melompat dari air tersebut, kedua-dua dolphin tersebut sebenarnya serupa, penyelidik mendapati jika seseorang itu mendapati kedua-dua dolphin tersebut berbeza, bermakna dia telah stress. Lagi banyak perbezaan dilihat, lagi berat stress yang ada pada mereka.

Jadi sesiapa yang melihat terlalu banyak perbezaanya, dinasihatkan anda kemas barang, shutdown komputer dan balik untuk berehat!





P/S: Hamba mengantuk sebenarnya. Entry ini hamba ambil dari email kiriman rakan-rakan seperjuangan hamba yang tahu keadaan penat di waktu petang begini. Ntahapaapantah hamba ni kan?

Tuesday, February 26, 2008

Entry Khas Untuk Fizz

Tadi saya menerima mesej di YM dari 'fizz z.a'

fiza z.a: tata!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
fiza z.a: titi!!!!!!!!!!!!!!!!
fiza z.a: tutu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya.: iyaaaaaaaa
Saya.:
iyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Saya.: iyuuuuuuuuuuuuuuuuu
fiza z.a: aku nak kawen ni...
Saya.: so....?
Saya.: kawen pun cakap ngan aku
Saya.: kawen diam² lah fizz
Saya.: bukan leh join pun
Saya.: hahahaha
fiza z.a: la.. aku baru nak ajak join kenduri..
fiza z.a: aku wat sabtu ni kat shah alam
fiza z.a: kad pun still tgh anta ni..
fiza z.a: mana yang tak sempat aku mintak tolong nana jadi wakil tolong invite
Saya.: oh dear..
Saya.: aku minta ampun bebyk fizz
Saya.: sabtu aku kerja
Saya.: office hour smp 6.30ptg
Saya.: gi mana aku mau mampir majlis kamu?
Saya.: huhu sian aku fizz
fiza z.a: ic...
fiza z.a: napa sabtu pun keje?
Saya.: aku NGO maa..
Saya.: sabtu pun keja gak
fiza z.a: ic..

fiza z.a: erm..
fiza z.a: kenduri aku sabtu ni...
Saya.: sorry ye fizz..
Saya.: aku tahu ko kawen sabtu ni
Saya.: nora dah inform aku
Saya.: apa pun selamat pengantin baru!
Saya.: tahniah dear!
fiza z.a: ok..
fiza z.a: wish me luck ye...
fiza z.a: aku takut nih...
fiza z.a: hehe
Saya.: hehehe
Saya.: dah nikah belum?
fiza z.a: hari jumaat ni
Saya.: ok goodluck
Saya.: semoga semua nya berjalan lancar
Saya.: insyaAllah tiada halangan
fiza z.a: tenkiu tata...


Norhafizah binti Zainal Abidin

  • Adalah kawan saya ketika di sekolah menengah. Walaupun kami berlainan sekolah tapi kami duduk di asrama yang sama dan pernah sedorm.

  • Pernah bersama-sama outing secara curi-curi menonton wayang filem Kuch Kuch Hota Hei selepas kertas Biologi pada hari terakhir SPM. Saya ingat lagi Fizz ada kata masa jawab soalan tu dia dah asyik teringat akan filem itu saja, dan dia dah tak sabar nak keluar dewan cepat.

  • Dia lah yang memperkenalkan dunia MiRC kepada saya. (Juga curi-curi keluar ke Cyber Cafe belakang asrama.

  • Makan KFC bersama-sama (juga secara curian) dan ter kantoi dengan ustaz. Lagi mau balik naik van tumpang ustaz, padahal dah ter kantoi tu. Hahaha!

  • Trademark dia yang saya ingat, "Tata.. nak blueberry pie, Tata." setiap kali kami meng order penghantaran dari En McD.

  • Secara peribadi saya ter tahu sendiri rahsia kawan saya ini. Sehingga sekarang tiada siapa yang tahu. (Dah nama rahsia, ya tiada siapa tahu)

  • Ahah! Kawan saya ini adalah adik angkat kepada Kak Juju.



Entry ini saya tujukan kepada Fizz yang akan melangsungkan majlis perkahwinan nya dengan pasangan Shah (gambar di atas) pada hari Sabtu ini 1 Mac 2008 di Shah Alam. Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, moga berbahagia selalu, insyaAllah.



Kadangkala saya rasa sedih sangat sebab ramai kawan saya yang dah kahwin tetapi boleh dikira dengan jari sebelah berapa ramai yang saya hadiri majlis mereka. Kebanyakan mereka buat hari Ahad (memang pun ramai buat hari Ahad, pandai! Eh sorry sorry..) dan ada juga yang buat hari Sabtu.

Hari Ahad saya tidak dapat hadir jika tarikh itu jatuh sama dengan tarikh seminar saya. Antara seminar (yang hanya sebulan sekali, satu semester, 5-6 bulan hanya 4 kali), dengan majlis perkahwinan rakan saya agak sama penting, tapi minta maaf tapi saya tak dapat untuk tidak menghadirkan diri ke seminar itu.

Manakala hari Sabtu pula adalah hari kerja saya. Eh Sabtu pun kerja? Ya Sabtu adalah hari kerja saya sehingga jam 6ptg. Bukan saja majlis rakan-rakan tidak dapat saya hadiri tapi majlis saudara-mara, sepupu-sepapat pun saya tak dapat nak hadiri. Saya sedih! Bukan sebab saya tidak ingat pada mereka, tapi ada tuntutan lain yang lebih memerlukan saya.

Memang jealous dan sedih bila lihat rakan meng post gambar mereka menghadiri majlis itu. Kenapa saya tiada di situ? Huhuhu saya sedih sangat ni. Ok la saya nak pergi bilik air. (Bukan nak menangis ya, nak Asar.)

Monday, February 25, 2008

Sakit Belakang

Berikut adalah versi 'copy-and-paste' dari laman web di Internet mengenai sakit belakang.

Apakah itu sakit belakang yang kronik?
Sakit belakang yang kronik selalunya ditafsirkan sebagai sakit belakang yang terjadi sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan tidak dapat disembuhkan dengan rawatan perubatan tanpa pembedahan. Ini merupakan golongan pesakit belakang yang paling sukar dihadapi oleh doktor.


Faktor-faktor yang menyumbang kepada sakit belakang

  • Rasa tidak puas hati terhadap kerja == saya tiada masalah dengan kerja saya.

  • Mengangkat barang secara berulang-ulang. == tak ingat pulak.

  • Getaran berfrekuensi rendah. == err apa ni??

  • Tahap pendidikan yang rendah. == haa tak faham!

  • Merokok. == Ugh I hate smoker.

  • Masalah sosial. == hehe tak de pun.

Kebanyakan punca-punca sakit belakang tidak akan menyebabkan penyakit-penyakit lain. Lebih separuh dari pesakit yang mengalami masalah ini akan sembuh dalam masa 7 hari. Pesakit yang mengalami sakit belakang yang dikaitkan dengan penyakit siatik, pada umumnya akan pulih dalam masa 4 minggu.

Pengurusan sendiri

  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balutkan botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba di hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.

  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.

  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak dari duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.

  • Dapatkan nasihat dari mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan dari berulang lagi.

Amalan baik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari mendapat sakit belakang.

  • Tidur di atas tilam berspring; letakkan papan di atas dasar tilam. == saya tidur atas toto je.

  • Elakkan diri dari ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang. ==masalah nak menimpa mana kita tahu, kan?

  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri. == ala tak dan nak fikir, berdiri dan duduk suka hati je.

  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut sahaja. == ok saya cuba amalkan lepas ni.

  • Rapatkan barang tersebut ke badan anda. == ee kalau sampah takkan nak rapat jugak?

  • Pelajarilah senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda. == siapa boleh ajar? Sila angkat tangan!

  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit. == saya tak memandu, pemandu saja yang memandu.

  • Bagi wanita, pakailah kasut bertumit rendah. == tumit rendah? lambat la jalan. Err 2" rendah ke tinggi?

  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan dari terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama. == ok ok saya cuba buat nanti.

  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda. == ish berat la!

  • Apabila duduk di atas kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. == ini tiada masalah. Sue Naa hang kena baca ni, hahaha..

Elakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan sakit belakang

  • Membongkok ke hadapan dan berpusing terutamanya ketika mengangkat atau menarik sesuatu.

  • Membongkok ke hadapan dan ke bawah ketika bekerja.

  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.

  • Berdiri terlalu lama.

  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.

  • Duduk membongkok di atas kerusi.

  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.

  • Memakai kasut bertumit tinggi.

Eheh kenapa ya saya memasukkan topik ini sebagai entry kali ni? Huhuhu ini adalah kerana sehingga hari ini sakit belakang saya masih tidak hilang. Sepanjang hari saya rasa belakang saya macam dipakukan sekeping papan yang keras yang bila saya tunduk atau bongkok membuatkan paku itu menusuk lebih dalam lagi dan hampir membuatkan saya menitiskan air mata. Aduh sungguh sakitnya.

Saya mula terfikir apakah sebab saya mendapat sakit belakang ini? (selain merupakan ujian dariNya untuk membuang dosa-dosa kecil saya) Dan saya telah mendapat jawapannya. Ini adalah kerana pada hari Ahad semalam saya tidak melakukan pemanasan badan ketika hendak bermain badminton. Sudah la tu mengangkat bulu tangkis secara tiba-tiba dan secara sambil lewa saja. Juga ditambah dengan kekalahan berlawan dengan kakak saya sendiri (main biasa-biasa saja, tapi mata tetap dikira, hehehe). Dan hasilnya adalah sakit belakang saya ini.

Saya nak cuba praktik kan apa yang artikel ini tulis. Kalau berjaya memang terbukti artikel ini bagus, dan jika tidak mungkin sebab saya tidak mencuba dengan erti kata sebenar. Eheh belum cuba dah ada jawapan? Hehehe. Tada..

Tempeh

Menu tengahari semalam keluarga saya adalah tempeh goreng bersambal. Saya teringat pernah menonton rancangan Martha Stewart Living dan ketika itu Puan Martha bersama tetamu undangan nya memasak resepi tempeh. Saya amat terkejut. Tempe sudah berada di luar negara? Amboi sudah maju nya makanan itu (dalam erti kata lain saya la yang ketinggalan tak tau pasal ni..) Esok nya saya belayar ke Internet dan mencari maklumat tentang tempeh.

Berikut adalah 'salin-dan-tampal' kata-kata Encik Ensiklopedia Percuma Wikipedia,

"Tempeh/Tempe is made by a natural culturing and controlled fermentation process that binds soybeans into a cake form. It originated from Indonesia, invented by the Javanese, where it is most popular, although it is common in other parts of Southeast Asia as well, introduced by migrated Javanese. It is especially popular on the island of Java, where it is a staple source of protein. Like tofu, tempeh is made from soybeans, but tempeh is a whole soybean product with different nutritional characteristics and textural qualities. Tempeh's fermentation process and its retention of the whole bean give it a higher content of protein, dietary fiber and vitamins compared to tofu, as well as firmer texture and stronger flavor. Tofu, however, has a higher concentration of protein per carbohydrates, and is thought to be more versatile in dishes. Because of its nutritional value, tempeh is used worldwide in vegetarian cuisine; some consider it to be a meat analogue. Even long ago before people found and realized the rich nutrition fact of tempeh, tempeh was referred to as “Javanese meat.” http://www.tempeh.info/

Kebanyakan tahu yang tempeh adalah makanan orang Jawa di Malaysia, tapi orang bukan Jawa pun makan juga kan. Saya tidak berapa menyukai tempeh walaupun saya Jawa (haks haks haks) tapi air kacang soya saya minum pulak. Apa pun jangan dipandang enteng pada makanan ini kerana ia telah menaiki kapal terbang (saya pun tak pernah naik lagi tau) pergi ke negara Barat dan telah beramah mesra dengan Puan Martha. Hmm sungguh beruntung tempeh ni ya. Ye la rezeki masing-masing mana kita tahu kan?

Di bawah ni gambar resepi Lemon Broiled Tempeh yang disediakan oleh Puan Martha. Kalau nak cuba sila la ke http://www.marthastewart.com/recipe/lemon-broiled-tempeh?autonomy_kw=tempeh&rsc=image_1 (Eh eh saya ni macam mempromosikan Si Puan Martha ni pula. Tidak ya untuk pengetahuan semua.)


Saya tak berapa gemar tempeh tapi kawan saya Yusse, suka makan tempeh. Tu yang dia kata muka dia nampak lebih muda dari umur nya, awet muda la tu. Dalam link Cik Nana ni http://nurnana.wordpress.com/2008/02/04/muda-remaja/ ada cerita pasal Yusse Si Penggemar Tempeh (eheh macam dedicate untuk Yusse pula.. hahaha) Sila enjoy!


P/S: Saya tidak mendapat sebarang bayaran ya untuk mempromosikan laman-laman web di atas, sekadar untuk hiburan dan maklumat sahaja. Omongan kosong la kata kan. Tada..

Saturday, February 23, 2008

Bosan..

Tiba-tiba saya jadi bosan. Bosan yang keterlaluan rasanya. Tak tahu kenapa? Mungkin telah ditetapkan pusingan bumi saya hari ini jadi macam ni. Saya bosan dengan soalan-soalan yang hampir acap kali kena jawab, dan yang bosan nya lagi ditanya oleh orang yang sama juga. Antara nya..

"Dah habis periksa dah?"
"Dah habis belajar dah?"
"Macam mana periksa hari tu? Boleh jawab?"

Ada juga yang..
"Bila lagi nak kenduri? Esok? Minggu depan?"
"Bila nak ada orang sebelah?" Bla bla bla and so on..

Cuba la tanya soalan yang boleh membina jati diri atau yang boleh memuhasabahkan diri ke. Ini balik-balik soalan yang jawapan nya ya, tidak, tak tahu! Adoii penat nya!

Haa tak pun ubah la sket soalan tu, contohnya mcm.. "Assignment dah siap? Boleh buat? Nak saya tolong?" Haa tak pun.. "Ni ada org nak berkenalan ni, sudi ke terima?" Wakakakakah.. hahaha..!!

p/s: Eheh.. kenapa saya letak gambar katak tu? Hahaha memang saya bosan sangat!


~~Kerana waktu ini hamba berada di tahap tertinggi kebosanan, maka hamba hanya meng'copy and paste' sahaja entry terdahulu dari pondok Friendster yang hamba tinggalkan.~~

Friday, February 22, 2008

RM RM..!

Adakah saya terlambat tahu, atau tidak mengambil tahu, atau tak terambil tahu yang kerajaan telah mengeluarkan not baru untuk RM50? Apa pun ini adalah contoh RM50 itu. Hmm quite nice juga la..



P/S: Saya mengikut pesanan kawan saya Cik Nana.. katanya "Tata duit tak leh buat mcm tu la, kena letak tanda 'specimen' atau 'contoh'. Ya Cik Nana oleh itu saya telah mengikut kata nasihat dari Pakar Percukaian saya. Terima kasih ya.

Lelaki Itu.. eh silap.. Lelaki Ini.

Masa awal kemunculan iklan ni kat tv, saya tak ambil kisah sangat. Ye lah saya pun bukan jenis yang suka sangat tengok tv. Saya rasa terpanggil untuk meluah kan my point of view tentang cover album Anuar Zain ni selepas kejadian ni. Ini semua pendapat saya saja. Suatu malam ketika sedang bersantai (ceh cam kat pantai je) dan berehat depan tv dengan keluarga, keluar la iklan album terbaru penyanyi ini. The first thing that came up in my mind was, Allahuakbar kenapa la dia posed macam tu? Tak de gaya lain ke? But then it was only on my mind, so I kept it quiet. Tiba-tiba babah (aka abang ipar saya) tanya soalan ni pada anaknya.


Babah: "Afiq, kenapa Afiq rasa Anuar Zain buat macam tu (posed gaya tu)?
Afiq: "Err... kenapa bah..?"
Babah: "Afiq cuba la teka kenapa?"
Afiq: (Setelah agak lama berfikir) "Haa.. Afiq tau, sebab dia nak bau ketiak dia sendiri kan bah?"
Babah: "Hahaha.."

Did you get what I meant? Even my 9-year-old-nephew tahu maksud tersurat gaya itu. Jadi maksud saya adalah walaupun anda seorang artis atau rakyat Malaysia yang terkenal, anda harus ingat setiap perlakuan dan perbuatan anda diperhatikan manusia lain di bumi ini. Jadi anda harus berhati-hati dalam setiap apa yang anda buat. Mungkin bagi orang lain tak kisah la macam mana pun gaya dia yang penting lagu dia best. Indeed lagu dia memang best! Saya pun suka lagu dia ni. But I think he can posed much better than that!
Maaf ya pada semua die-hard fan Anuar Zain di luar sana kalau anda terasa dengan pendapat saya ini. Ini hanya la omongan kosong saja. Tada...