Showing posts with label ana. Show all posts
Showing posts with label ana. Show all posts

Friday, March 07, 2008

Malam Jumaat..

Abah saya seorang bilal merangkap imam di surau kampung saya, selain mengajar mengaji anak-anak jiran termasuklah kakak-kakak saya sendiri. Setiap malam Jumaat pula diwajibkan bacaan Yasin beramai-ramai. Tetapi selepas abah saya berpindah duduk taman, tugas itu tidak lagi diteruskan.


Ketika saya di sekolah rendah, tugas itu digantikan oleh Kak Ngah saya. Hampir setiap malam selepas Magrib saya dan abang saya akan belajar mengaji dengan nya. Kak Ngah saya seorang ustazah (bagi saya yang sangat garang!) di sek agama. Hampir setiap malam juga la kami berdua akan berlinangan air mata jika tersalah bacaan. Tak perlu rotan tak perlu cubitan, cukup la jelingan dan suara yang dikeraskan, dah cukup untuk menggerunkan saya. Kak Ngah saya banyak mengikut gene abah saya. Saiz badan nya yang tinggi dan besar, muka yang garang dan serius. Sekarang tak tau la kalau dia masih begitu dengan anak murid nya.


Sehingga sek men setiap malam Jumaat diwajibkan membaca Yasin. Sehingga ada yang mengatakan bidaah Yasin dibaca pada malam Jumaat. Tapi saya tak endah sebab bagi saya kalau niat kita baik lain hal sepatutnya tiada masalah. Ketika di kolej pula rutin malam Jumaat saya sudah bertukar digantikan dengan Surah Al-Kahfi. Saya pernah terbaca satu artikel (saya lupa mana satu!) mengatakan barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi dipagi, malam atau siang Jumaat, dosanya akan diampunkan dari hari Jumaat ini sehingga Jumaat lagi satu. Lebih kurang macam tu la, saya tak ingat. Dan sejak itu saya baca Al-Kahfi. Surah ni memang panjang berbanding Yasin tapi saya sambung bacaan keesokan harinya. InsyaAllah itu pun jika tiada aral.



Kenapa saya tulis entry ini?



Malam tadi selepas Magrib saya terkenang zaman kanak-kanak saya. Hmm sebab sekarang bila dah menginjak dewasa dan kita semakin melupakan rutin harian yang kita buat masa kecil dulu. Kita dah terlalu sibuk dengan kerja harian, sibuk dengan tuntutan dunia dewasa kita. Kita lupa betapa seronoknya menjadi kanak-kanak. Tak perlu risau pasal kerja, pasal bil-bil bulanan, hutang pelajaran, masalah pelanggan, masalah pakwe, masalah syarikat, dan macam-macam masalah lain.



Yang kita tahu Isnin hingga Jumaat sekolah. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk main! Main, main, main dan main! Baling selipar, baling tin, galah panjang, konda-kondi, sip-sip, lam-lam prit, kubang parit, panjat pokok, main guli, jelajah estet kelapa bali, polis sentri dan macam-macam jenis permainan. Saya membesar dengan dipengaruhi abang saya. Saya lebih suka main dengan kawan-kawan lelaki abang saya berbanding budak perempuan, sebab nya sikit-sikit main gaduh dan nangis. Saya tak suka betul! Sebab tu saya main dengan abang saya. Lagi pun saya ni satu-satu nya adik kesayangan dia!!

Hahahaa... seronok nya zaman masa kecil dulu kan? Hmm... nak balik zaman tu semula boleh tak?

Saturday, March 01, 2008

Normal atau tidak?

Hari ini hujan sungguh lebat. Dari saya mula keluar rumah sehingga la saya sampai di pejabat, hujan masih lagi maintain lebat nya. Dalam keadaan cuaca sebegini saya selalu berseloroh dengan emak dan kakak-kakak saya. “Macam mana nak duduk London kalau baru sejuk macam ni dah tak tahan?” Ketika cuaca panas pula saya akan berkata, “Mak jom kita pindah duduk London mak, Malaysia ni panas la..”. Hahaha!


Sungguh baik hati nya abang pemandu lori kontena itu kerana memperlahankan kenderaannya ketika saya hendak melintas jalan tadi. Di tepi jalan tu ada lopak berair jadi kalau dia laju sudah tentu saya akan kebasahan. Terima kasih ya abang pemandu. Hanya Dia saja yang akan membalas jasa baik abang itu. Ohoh saya bukan nak cerita pasal hujan atau pasal abang pemandu itu, itu hanya selingan saja.



Semalam selepas tamat waktu pejabat saya singgah di kedai emas untuk mengambil gelang yang sudah siap disambung. Sambil menunggu, mata saya melilau memerhati pelbagai barangan kemas yang dipamerkan tanpa ada apa-apa perasaan pun. Saya tidak anggap itu adalah barang kemas, yang saya nampak hanya lah sekumpulan tali-tali pendek dan panjang yang berwarna kuning bercampur putih yang disusun rapi dalam rak kaca.

Saya teringat satu babak dalam drama Hong Kong yang dah lama ditayangkan. Encik A memberi batu permata kepada Cik B. Cik B menerima tanpa ada rasa excited pun, sedangkan watak-watak cik-cik lain bila diberikan barang kemas mereka bergaduh dan berebut-rebut barang kemas itu. Lambat laun Encik A tahu yang Cik B itu adalah seorang lelaki yang menyamar menjadi perempuan. Encik A tahu Cik B adalah lelaki kerana sudah menjadi lumrah perempuan bila menerima atau melihat barang kemas mereka akan jadi teruja dan mata mereka bersinar kegembiraan, sedangkan Cik B tiada apa tindak balas pun.

Jadi saya terfikir, lelaki ke saya ni? Eh? Tak pulak. Bentuk fizikal saya, rupa paras dan jantina saya semua perempuan punya. Kalau macam tu normal ke tidak saya ni? Eh masih lagi normal. Cuma mungkin dari segi yang ini saya kurang normal sket kot? Tapi saya memang tidak berminat dengan barang kemas. Gelang tangan yang saya pakai ni pun adalah atas pembelian kakak ipar saya. Kalau musim perayaan atau keramaian saya akan terpakai gelang atau cincin atas pengaruh kakak-kakak saya, itu pun atas pinjaman mereka juga. Hahaha apsal la saya ni ya? Kadang tu terfikir juga adakah sebab abang atas saya lelaki jadi saya lebih kepada gender itu? Hmm mungkin kot.

Jadi akan beruntung kah lelaki di luar sana yang menjadi orang sebelah saya atas kekurangan saya ini? Argghh saya malas nak teruskan berfikir! Lepas melunaskan bayaran terus saya berjalan keluar kedai dan balik rumah.


P/S: Hari ni 01.03.08 adalah hari jadi kakak ke3 saya. Selamat hari jadi mama. Semoga terus menjadi hamba, umat, anak, kakak, isteri dan mama yang baik dan solehah kepada kami sekeluarga.
P/S/S: Hari ni juga majlis perkahwinan kawan saya Fizz. Selamat pengantin baru dear!!

Thursday, February 28, 2008

Plaster.

Masa saya tengah mem busy kan diri menyiapkan kerja, saya terima buzz dari Nadia. Nadia adalah antara kawan saya dalam seminar yang kekal dari semester 1 hingga semester sekarang, yang lain kebanyakkan nya dah tenggelam. Bijak si Puan Nadia ni, setiap semester dapat AD (Anugerah Dekan) huhuh jealous betul saya.

Nadia baru meng post gambar cahayamata nya yang kedua. Gambar di bawah ini hanya gambar hiasan saja, kerana tak sempat nak minta ijin Nadia untuk letak gambar cahayamata nya di sini, jadi gambar ini hanya lah pengganti sahaja.



Saya.: nadia.. tembam nya!!!
Saya.: ikut muka sape tu?
Saya.: mata cam mata awak..
Nadia: td baru ambik gambar tu
Nadia: dah 2 bulan 6 kg
Nadia: wuts wit the plaster??
Saya.: hahaah
Saya.: nothing
Saya.: just to menampal hati yg sedang luka
Saya.: hahaha
Nadia: terluka ke??
Nadia:hehehe
Saya.: hahaha
Nadia: wah....cian
Saya.: ni tgh nak ubat kan la ni
Saya.: hahahah




So far Nadia lah orang pertama yang menegur saya kenapa saya letak gambar plaster ni di YM saya. Sebenarnya ada maksud yang tersurat dan tersirat tapi saya belum hendak beritahu di sini. Nak simpan dulu then satu hari nanti saya akan post juga. Antara kata lain pula saya suka sesuatu gambar yang boleh memberitahu akan kedudukan atau keadaan saya ketika itu.


Eheh sejak bila pula saya suka gambar ni? Hmm biasa air sungai lagi kan berubah kan? Chewwah..