Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Monday, March 24, 2008

Berpindah.

Penyewa rumah ini telah berpindah ke http://tatasthought.wordpress.com/
Beliau mengajak anda menjengah ke rumah baru beliau.

"Jamuan satay ada disediakan."

P/S: Sila berfikiran sebaliknya untuk tag di atas ya.

Thursday, March 06, 2008

Saya masih bawah umur..

Ketika bahang pilihanraya mula melanda (memang terasa sangat, sebab pejabat saya berdekatan dengan pejabat-pejabat dua parti utama ini, dan mereka selalu menziarahi pejabat saya) saya telah mula menyemak nama dalam SPR dengan harapan tahun ni dapat la mengundi. Seawal Febuari saya menyemak dan keputusan nya..



.. hampa nya saya!

Beberapa ketika kemudian saya semak lagi dengan anggapan mungkin berlaku keajaiban, nama saya tiba-tiba masuk ke.. kan mana la tau kan?


Namun jawapan yang saya terima tetap sama.


Kemudian saya semak lagi untuk kali ketiga dan terakhir, dan ini lah jawapan yang saya terima.




Hmm nampak nya laman web ni pun dah naik boring dengan percubaan saya yang bertubi-tubi. Saya terpaksa akur dan mencuba lima tahun lagi.


Jadi bila saya ditanya soalan-soalan seperti,

"Mengundi tak tahun ni?"

atau

"Mengundi kat mana?"

saya hanya mampu menjawab

"Saya masih bawah umur, belum boleh mengundi."

dengan harapan tak perlu lah saya nak mengulang jawapan yang sebenar iaitu,

"Saya dah mendaftar dari tahun lepas lagi, tapi nama saya tidak masuk dalam rekod. Sampaikan saya memarahi pegawai yang mendaftarkan saya dan saya mengesyakki beliau tidak mendaftarkan pun nama saya. Agaknya dia tahu kot saya kat parti mana? Hahaha mustahil!!",

kan begitu panjang jawapan saya untuk diulang beberapa kali kan?


Jadi kesimpulan nya saya masih bawah umur... hehehe saya masih muda belia.. yea yea... peace!!

Monday, February 25, 2008

Tempeh

Menu tengahari semalam keluarga saya adalah tempeh goreng bersambal. Saya teringat pernah menonton rancangan Martha Stewart Living dan ketika itu Puan Martha bersama tetamu undangan nya memasak resepi tempeh. Saya amat terkejut. Tempe sudah berada di luar negara? Amboi sudah maju nya makanan itu (dalam erti kata lain saya la yang ketinggalan tak tau pasal ni..) Esok nya saya belayar ke Internet dan mencari maklumat tentang tempeh.

Berikut adalah 'salin-dan-tampal' kata-kata Encik Ensiklopedia Percuma Wikipedia,

"Tempeh/Tempe is made by a natural culturing and controlled fermentation process that binds soybeans into a cake form. It originated from Indonesia, invented by the Javanese, where it is most popular, although it is common in other parts of Southeast Asia as well, introduced by migrated Javanese. It is especially popular on the island of Java, where it is a staple source of protein. Like tofu, tempeh is made from soybeans, but tempeh is a whole soybean product with different nutritional characteristics and textural qualities. Tempeh's fermentation process and its retention of the whole bean give it a higher content of protein, dietary fiber and vitamins compared to tofu, as well as firmer texture and stronger flavor. Tofu, however, has a higher concentration of protein per carbohydrates, and is thought to be more versatile in dishes. Because of its nutritional value, tempeh is used worldwide in vegetarian cuisine; some consider it to be a meat analogue. Even long ago before people found and realized the rich nutrition fact of tempeh, tempeh was referred to as “Javanese meat.” http://www.tempeh.info/

Kebanyakan tahu yang tempeh adalah makanan orang Jawa di Malaysia, tapi orang bukan Jawa pun makan juga kan. Saya tidak berapa menyukai tempeh walaupun saya Jawa (haks haks haks) tapi air kacang soya saya minum pulak. Apa pun jangan dipandang enteng pada makanan ini kerana ia telah menaiki kapal terbang (saya pun tak pernah naik lagi tau) pergi ke negara Barat dan telah beramah mesra dengan Puan Martha. Hmm sungguh beruntung tempeh ni ya. Ye la rezeki masing-masing mana kita tahu kan?

Di bawah ni gambar resepi Lemon Broiled Tempeh yang disediakan oleh Puan Martha. Kalau nak cuba sila la ke http://www.marthastewart.com/recipe/lemon-broiled-tempeh?autonomy_kw=tempeh&rsc=image_1 (Eh eh saya ni macam mempromosikan Si Puan Martha ni pula. Tidak ya untuk pengetahuan semua.)


Saya tak berapa gemar tempeh tapi kawan saya Yusse, suka makan tempeh. Tu yang dia kata muka dia nampak lebih muda dari umur nya, awet muda la tu. Dalam link Cik Nana ni http://nurnana.wordpress.com/2008/02/04/muda-remaja/ ada cerita pasal Yusse Si Penggemar Tempeh (eheh macam dedicate untuk Yusse pula.. hahaha) Sila enjoy!


P/S: Saya tidak mendapat sebarang bayaran ya untuk mempromosikan laman-laman web di atas, sekadar untuk hiburan dan maklumat sahaja. Omongan kosong la kata kan. Tada..

Friday, February 22, 2008

RM RM..!

Adakah saya terlambat tahu, atau tidak mengambil tahu, atau tak terambil tahu yang kerajaan telah mengeluarkan not baru untuk RM50? Apa pun ini adalah contoh RM50 itu. Hmm quite nice juga la..



P/S: Saya mengikut pesanan kawan saya Cik Nana.. katanya "Tata duit tak leh buat mcm tu la, kena letak tanda 'specimen' atau 'contoh'. Ya Cik Nana oleh itu saya telah mengikut kata nasihat dari Pakar Percukaian saya. Terima kasih ya.