Friday, March 07, 2008

Malam Jumaat..

Abah saya seorang bilal merangkap imam di surau kampung saya, selain mengajar mengaji anak-anak jiran termasuklah kakak-kakak saya sendiri. Setiap malam Jumaat pula diwajibkan bacaan Yasin beramai-ramai. Tetapi selepas abah saya berpindah duduk taman, tugas itu tidak lagi diteruskan.


Ketika saya di sekolah rendah, tugas itu digantikan oleh Kak Ngah saya. Hampir setiap malam selepas Magrib saya dan abang saya akan belajar mengaji dengan nya. Kak Ngah saya seorang ustazah (bagi saya yang sangat garang!) di sek agama. Hampir setiap malam juga la kami berdua akan berlinangan air mata jika tersalah bacaan. Tak perlu rotan tak perlu cubitan, cukup la jelingan dan suara yang dikeraskan, dah cukup untuk menggerunkan saya. Kak Ngah saya banyak mengikut gene abah saya. Saiz badan nya yang tinggi dan besar, muka yang garang dan serius. Sekarang tak tau la kalau dia masih begitu dengan anak murid nya.


Sehingga sek men setiap malam Jumaat diwajibkan membaca Yasin. Sehingga ada yang mengatakan bidaah Yasin dibaca pada malam Jumaat. Tapi saya tak endah sebab bagi saya kalau niat kita baik lain hal sepatutnya tiada masalah. Ketika di kolej pula rutin malam Jumaat saya sudah bertukar digantikan dengan Surah Al-Kahfi. Saya pernah terbaca satu artikel (saya lupa mana satu!) mengatakan barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi dipagi, malam atau siang Jumaat, dosanya akan diampunkan dari hari Jumaat ini sehingga Jumaat lagi satu. Lebih kurang macam tu la, saya tak ingat. Dan sejak itu saya baca Al-Kahfi. Surah ni memang panjang berbanding Yasin tapi saya sambung bacaan keesokan harinya. InsyaAllah itu pun jika tiada aral.



Kenapa saya tulis entry ini?



Malam tadi selepas Magrib saya terkenang zaman kanak-kanak saya. Hmm sebab sekarang bila dah menginjak dewasa dan kita semakin melupakan rutin harian yang kita buat masa kecil dulu. Kita dah terlalu sibuk dengan kerja harian, sibuk dengan tuntutan dunia dewasa kita. Kita lupa betapa seronoknya menjadi kanak-kanak. Tak perlu risau pasal kerja, pasal bil-bil bulanan, hutang pelajaran, masalah pelanggan, masalah pakwe, masalah syarikat, dan macam-macam masalah lain.



Yang kita tahu Isnin hingga Jumaat sekolah. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk main! Main, main, main dan main! Baling selipar, baling tin, galah panjang, konda-kondi, sip-sip, lam-lam prit, kubang parit, panjat pokok, main guli, jelajah estet kelapa bali, polis sentri dan macam-macam jenis permainan. Saya membesar dengan dipengaruhi abang saya. Saya lebih suka main dengan kawan-kawan lelaki abang saya berbanding budak perempuan, sebab nya sikit-sikit main gaduh dan nangis. Saya tak suka betul! Sebab tu saya main dengan abang saya. Lagi pun saya ni satu-satu nya adik kesayangan dia!!

Hahahaa... seronok nya zaman masa kecil dulu kan? Hmm... nak balik zaman tu semula boleh tak?

27 komentar:

Anonymous said...

Baling selipar, baling tin, galah panjang, konda-kondi, sip-sip, lam-lam prit, kubang parit, panjat pokok, main guli, jelajah estet kelapa bali, polis sentri dan macam-macam jenis permainan.

waahhh... saya pun main suma benda tuh... kubang parit, best wooo... hehe...

t.a.t.a said...

duduk kg kalau tak main semua tu tak sah..
seronok kan!
budak bandar main ke semua ni??
hahahah!!

Anonymous said...

Seronok!!!

Anonymous said...

Ehehehe, tadi pegi pasar malam, beli satay, nyam nyam!!

Pastu berselisih dengan ustaz satar, ustaz yang pernah melempang kedua-dua belah pipi Mr Ah Fa dengan penuh kasih sayang :-)

Ye, Mr Ah Fa dulu memang nakal, tapi sayang benor dengan Ustaz Satar ni.

"Assalamualaikum Ustaz" Mr Ah Fa senyum.

"Waalaikum salam" Ustaz Satar senyum, "Kamu yang baru kahwin bulan lepas kan?" Sambungnya lagi.

Dia ada datang majlis kami. Huhuhu, zaman kanak-kanak tu adalah zaman yang sangat penting kan?

Anonymous said...

suke main hide and seek. penat cari member tak jumpa, balik umah makan nasik.

lagi sheeedaaappp!!

hee..

t.a.t.a said...

en ahfa:
"ustaz yang pernah melempang kedua-dua belah pipi Mr Ah Fa dengan penuh kasih sayang :-)"

agak² nya kenapa ya ustaz tu buat mcm tu..?
hehehe penuh kasih syg lagi..
hahahaha...

ya zaman kanak-kanak mmg penting..
waaaaa... nak balik zaman tu jugak!!!

ayumi san:
kesian la kawan tu terus menyorok...
dah tu jumpa tak?

Anonymous said...

Hahaha, dia nak lempang, tapi dia takmau lempang kuat-kuat, sebab takut jadi lagi nakal.

Lempang dua-dua belah pipi, tapi pelan-pelan aje, kasi amaran, lempang tapi jangan sampai nangis :-D

t.a.t.a said...

bagus la ustaz tu kan..
maksudnya dia mmg nak didik pelajar tapi pd masa yg sama tak nak dia jadi nakal..
semoga Allah je balas budi dia kan..

eheheh cam ustaz saya laks...
hahahaha

Anonymous said...

Oh,saya baru tahu pasal surah al Kahfi tu! bolehla amalkan selalu pasni. thanks for telling us! =)

Erm,kak Ngah kak tata tu garangnya. sebijik mcm abah saya. dia tak penah pukul/rotan tp kalau dia jeling skit je, cukup buat kami semua kecut perut. haha.

Nasib baik la tok guru yg ajar saya ngaji Quran sblm2 ni baik2.. saya ni mmg tak boleh dpt tok guru garang2, lg susah nk paham nnt sbb takut kena marah. hee.

t.a.t.a said...

cik ixora:
surah tu kadang baca tafsir je nya pun ok gak..
cerita pasal 7 org pemuda dlm gua..
insaf juga la..

ya betul.. guru yg bagus akan lahir kan pelajar yg bagus juga kan..?
hehehe..

Anonymous said...

haha. dia pun sama. balik umah jugak pastu. huhu. i miss my childhood memories. too much to tell. too much to remember.

tapi firt crushku zaman kanak-kanak dulu masih lagi bersahabat baik dengan ku.

oh.oh.oh.my oh my.

..::hamakakun::.. said...

kekasih gelap ke cik ayumi chan? haha

last time main baling selipar waktu 1st year kat UM..main dekat depan rumah pengetua kolej..nasib dia gi outstation msetu..haha..

i like satu ustaz masa sekolah dulu, dia excited je kalau cerita. selalu cerita tentang syurga. lawak2 die pun pecah perut. tapi abit X-rated. sesuai la untuk sekolah allboys..XD

..::hamakakun::.. said...

erm..arif juga no.sher.ta ni..
boleh la nak rujuk apa2 amalan nanti..blh? hehe..

t.a.t.a said...

ayumi san:
so sweet la masih kawan smp skang..
tak pe betul ada jodoh leh terus bersatu..
kan kan? hahahaha

hamakakun:
one of my ustaz pun suka cerita pasal neraka, syurga dan hari akhirat. kadang tu kami saje je request ust tu cerita pasal tu semua, buat penginsaf.

ilmu di dada ni sikit sgt. sekadar menyampaikan apa yg tahu..
semoga kita semua dpt kab.ba.ro.kab.taa.alif.nun.nya..
hehehe

..::hamakakun::.. said...

hehe..susah nak dapat ustaz/ustazah cerita something..tapi bila dah bukak cerita, sampai abis waktu die bantai..haha

kalau mahu bertanya nanti, kemana soalan perlu ditujukan? disini kah? :D

..::hamakakun::.. said...

takut off topic nanti..hehe

Anonymous said...

tata : saya bukan budak bandar laa... uhuks...

t.a.t.a said...

hamakakun:
wawawa.. sy bukan ustazah la..
jgn la tanya saya.. huhuhu
apa kata kita tanya yg lebih arif, nak tak?

cik serangga:
sy tahu anda org kg juga mcm sy.
yg sy maksudkan tu kalau org bandar, depa leh ke main cam kita ni..
hahahaha.. tak leh kan?

..::hamakakun::.. said...

hehe..humblenye die...
t.a.t.a selalu tanya siapa?

t.a.t.a said...

sy tanya en bos saya..
kalu dia pun tak tahu..
then baru kami tanya ustaz..
hehehe..

Anonymous said...

dlu...abah saye yg ajar bace quran..huhu
slalu menangis sbb die garang~

t.a.t.a said...

akak tak sempat ngan abah..
ngan kak ngah jer..
huhuh masa kecik dulu org garang sket je kita dah takut kan..
huhuhuh.. takutnyerr... hahaha

..::hamakakun::.. said...

haha..baiklah!!

em, yang selalu ajar sy ngaji ibu..
rotan mesti ditangan..seram gak takut salah baca..haha

Anonymous said...

oh,sini da jadi kaunter pertanyaan ek? nnt saya pn nk ajukan kemusykilan agama kat sini la. boleh? ;)

t.a.t.a said...

wowowowoho..
kaunter pertanyaan ditutup setiap hari.
hahahaa...

Anonymous said...

tapi dia dah nak kawen thn depan huwaaaaa!!! takpe. aku hepi bila dia hepi. chewaahh!

t.a.t.a said...

huhuhuh ayumi san..
sabo ye... even sy bila dgr marka lama nak kawen..
zappp.. adoii sakit nya!