Hari ini hujan sungguh lebat. Dari saya mula keluar rumah sehingga la saya sampai di pejabat, hujan masih lagi maintain lebat nya. Dalam keadaan cuaca sebegini saya selalu berseloroh dengan emak dan kakak-kakak saya. “Macam mana nak duduk London kalau baru sejuk macam ni dah tak tahan?” Ketika cuaca panas pula saya akan berkata, “Mak jom kita pindah duduk London mak, Malaysia ni panas la..”. Hahaha!
Sungguh baik hati nya abang pemandu lori kontena itu kerana memperlahankan kenderaannya ketika saya hendak melintas jalan tadi. Di tepi jalan tu ada lopak berair jadi kalau dia laju sudah tentu saya akan kebasahan. Terima kasih ya abang pemandu. Hanya Dia saja yang akan membalas jasa baik abang itu. Ohoh saya bukan nak cerita pasal hujan atau pasal abang pemandu itu, itu hanya selingan saja.

Semalam selepas tamat waktu pejabat saya singgah di kedai emas untuk mengambil gelang yang sudah siap disambung. Sambil menunggu, mata saya melilau memerhati pelbagai barangan kemas yang dipamerkan tanpa ada apa-apa perasaan pun. Saya tidak anggap itu adalah barang kemas, yang saya nampak hanya lah sekumpulan tali-tali pendek dan panjang yang berwarna kuning bercampur putih yang disusun rapi dalam rak kaca.
Saya teringat satu babak dalam drama Hong Kong yang dah lama ditayangkan. Encik A memberi batu permata kepada Cik B. Cik B menerima tanpa ada rasa excited pun, sedangkan watak-watak cik-cik lain bila diberikan barang kemas mereka bergaduh dan berebut-rebut barang kemas itu. Lambat laun Encik A tahu yang Cik B itu adalah seorang lelaki yang menyamar menjadi perempuan. Encik A tahu Cik B adalah lelaki kerana sudah menjadi lumrah perempuan bila menerima atau melihat barang kemas mereka akan jadi teruja dan mata mereka bersinar kegembiraan, sedangkan Cik B tiada apa tindak balas pun.
Jadi saya terfikir, lelaki ke saya ni? Eh? Tak pulak. Bentuk fizikal saya, rupa paras dan jantina saya semua perempuan punya. Kalau macam tu normal ke tidak saya ni? Eh masih lagi normal. Cuma mungkin dari segi yang ini saya kurang normal sket kot? Tapi saya memang tidak berminat dengan barang kemas. Gelang tangan yang saya pakai ni pun adalah atas pembelian kakak ipar saya. Kalau musim perayaan atau keramaian saya akan terpakai gelang atau cincin atas pengaruh kakak-kakak saya, itu pun atas pinjaman mereka juga. Hahaha apsal la saya ni ya? Kadang tu terfikir juga adakah sebab abang atas saya lelaki jadi saya lebih kepada gender itu? Hmm mungkin kot.
Jadi akan beruntung kah lelaki di luar sana yang menjadi orang sebelah saya atas kekurangan saya ini? Argghh saya malas nak teruskan berfikir! Lepas melunaskan bayaran terus saya berjalan keluar kedai dan balik rumah.
P/S: Hari ni 01.03.08 adalah hari jadi kakak ke3 saya. Selamat hari jadi mama. Semoga terus menjadi hamba, umat, anak, kakak, isteri dan mama yang baik dan solehah kepada kami sekeluarga.
P/S/S: Hari ni juga majlis perkahwinan kawan saya Fizz. Selamat pengantin baru dear!!

7 komentar:
biase la tu,kata org je..
kadang2 ade org x excited tgk emas, tp excited bile dpt bungan n choc...
manusia relatif n unik~...=)
itu namanye unik.
saya tak minat bola sepak. namun saya masih lelaki normal. dan comel ^^
cik fauzani:
bunga dgn coklat pun tak minat jugak..
cam na tu eh?
muhammad khairul:
iye akak tau awak tu lelaki yg comel..
comel sgt!! nak cubit² pipi tu..
hahahaha
dua tiga hari ini mmg asik hujan kan...
terasa lama xdengo bunyi hujan itu...
iye, layann ujan dimaner2..
hello~
uhuks... blum cukup 'tua' kot utk minat barang2 kemas itu... hehe... bg saya, itu normal jek... saya pun dulu camtu... haha..
harapanku, yginsaf:
seronok kan masa hujan..
antara tidur dan berjaga ketika hujan, sy lebih suka berjaga..
heheh boleh tgk hujan.
buzzybug:
hmm harap²nya macam tu la..
Post a Comment