Pagi tadi masa saya turun nak sarapan Afiq masih duduk di kerusi.
Saya: "Eh kenapa tak makan lagi?"
Nenek: "Arek ngenteni acik eh jugak.." (bahasa jawa, hehehe)
Saya: "Oo ye ke.. jom."
Masa di meja makan saya teringat pasal cerita tudung semalam.
Saya: "Afiq ingat tak semalam Afiq ada kata perempuan tu bertudung tapi nampak rambut?"
Afiq angguk.
Saya: "Kenapa Afiq cakap macam tu?"
Afiq diam.
Saya: "Sepatutnya perempuan pakai tudung macam mana?"
Afiq: "Macam acik la." (Masa tu saya dah siap berpakaian nak ke tempat kerja.)
Saya: "Mana Afiq tahu? Siapa beritahu?"
Afiq: "Ustazah yang cakap. Ustazah kata perempuan kena tutup aurat."
Saya: "Ustazah mana yang cakap?" Afiq tunjuk arah ke sekolah di rumah Opahnya. "Aurat tu apa Afiq?"
Afiq: "Err.. tak tahu."
Saya: "Hmm tak pe la teruskan makan."
Saya berhenti untuk menerangkan pada dia apa itu aurat. (Saya berhenti sebab takut terlewat ke pejabat dan takut dia terlewat ke sekolah.) Tapi sekurang nya dia tau yang aurat tu adalah sesuatu yang wajib ditutup. Kalau semua orang dewasa boleh berfikir macam yang Afiq fikir, tidak mustahil dunia ni menjadi tempat yang aman untuk diduduki, bukan begitu?
Friday, February 29, 2008
Afiq & Tudung.
Thursday, February 28, 2008
Plaster.
Masa saya tengah mem busy kan diri menyiapkan kerja, saya terima buzz dari Nadia. Nadia adalah antara kawan saya dalam seminar yang kekal dari semester 1 hingga semester sekarang, yang lain kebanyakkan nya dah tenggelam. Bijak si Puan Nadia ni, setiap semester dapat AD (Anugerah Dekan) huhuh jealous betul saya.
Nadia baru meng post gambar cahayamata nya yang kedua. Gambar di bawah ini hanya gambar hiasan saja, kerana tak sempat nak minta ijin Nadia untuk letak gambar cahayamata nya di sini, jadi gambar ini hanya lah pengganti sahaja.
Saya.: nadia.. tembam nya!!!
Saya.: ikut muka sape tu?
Saya.: mata cam mata awak..
Nadia: td baru ambik gambar tu
Nadia: dah 2 bulan 6 kg
Nadia: wuts wit the plaster??
Saya.: hahaah
Saya.: nothing
Saya.: just to menampal hati yg sedang luka
Saya.: hahaha
Nadia: terluka ke??
Nadia:hehehe
Saya.: hahaha
Nadia: wah....cian
Saya.: ni tgh nak ubat kan la ni
Saya.: hahahah
So far Nadia lah orang pertama yang menegur saya kenapa saya letak gambar plaster ni di YM saya. Sebenarnya ada maksud yang tersurat dan tersirat tapi saya belum hendak beritahu di sini. Nak simpan dulu then satu hari nanti saya akan post juga. Antara kata lain pula saya suka sesuatu gambar yang boleh memberitahu akan kedudukan atau keadaan saya ketika itu.
Eheh sejak bila pula saya suka gambar ni? Hmm biasa air sungai lagi kan berubah kan? Chewwah..
Afiq.
Seperti biasa di waktu pagi ketika bersarapan di rumah, tv akan dibiarkan terpasang untuk kami mendengar berita yang mana tak akan sempat untuk ditatap kemudian hari. Secara kebetulan masa tu berita menayangkan seorang menteri perempuan ditemuramah mengenai isu pilihanraya waktu ini. Saya hanya mendengar tanpa melihat pun tv tu.
Tiba-tiba Afiq berkata, "Pakai tudung tapi nampak rambut!" Eh? Saya mendongak, rupa-rupanya sambil makan mata nya tak lepas memandang tv. Saya tersenyum sendiri. Budak kecil yang baru darjah 3 ni pun tahu yang tudung tu sepatutnya dipakai elok untuk menutup rambut. Mungkin selama ini dia tak pernah nampak perempuan bertudung setengah, yang dia selalu nampak sama ada tidak bertudung atau bertudung penuh, tiba-tiba hari ni dia ternampak. Hmm macam culture shocked pula dia.
Amboi-amboi, anak saudara saya sudah semakin bijak rupanya sejak dia berpindah duduk di rumah saya ini. Hehehe... eh perasan nya saya ni!

P/S: Ini gambar hiasan saja ya. Saya dapat dari sebuah email. Maaf ya peminat Mawi di luar sana.
Wednesday, February 27, 2008
Kenalpasti Adakah Anda Stress?
BACA DAHULU SEBELUM TENGOK GAMBAR.
Gambar dilampirkan ini adalah satu bahan yang digunakan untuk satu kajian stress di hospital St Marry, Birmingham London.
Lihat kedua-dua dolphin yang melompat dari air tersebut, kedua-dua dolphin tersebut sebenarnya serupa, penyelidik mendapati jika seseorang itu mendapati kedua-dua dolphin tersebut berbeza, bermakna dia telah stress. Lagi banyak perbezaan dilihat, lagi berat stress yang ada pada mereka.Jadi sesiapa yang melihat terlalu banyak perbezaanya, dinasihatkan anda kemas barang, shutdown komputer dan balik untuk berehat!

P/S: Hamba mengantuk sebenarnya. Entry ini hamba ambil dari email kiriman rakan-rakan seperjuangan hamba yang tahu keadaan penat di waktu petang begini. Ntahapaapantah hamba ni kan?
Tuesday, February 26, 2008
Entry Khas Untuk Fizz
Tadi saya menerima mesej di YM dari 'fizz z.a'
fiza z.a: tata!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
fiza z.a: titi!!!!!!!!!!!!!!!!
fiza z.a: tutu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya.: iyaaaaaaaa
Saya.: iyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Saya.: iyuuuuuuuuuuuuuuuuu
fiza z.a: aku nak kawen ni...
Saya.: so....?
Saya.: kawen pun cakap ngan aku
Saya.: kawen diam² lah fizz
Saya.: bukan leh join pun
Saya.: hahahaha
fiza z.a: la.. aku baru nak ajak join kenduri..
fiza z.a: aku wat sabtu ni kat shah alam
fiza z.a: kad pun still tgh anta ni..
fiza z.a: mana yang tak sempat aku mintak tolong nana jadi wakil tolong invite
Saya.: oh dear..
Saya.: aku minta ampun bebyk fizz
Saya.: sabtu aku kerja
Saya.: office hour smp 6.30ptg
Saya.: gi mana aku mau mampir majlis kamu?
Saya.: huhu sian aku fizz
fiza z.a: ic...
fiza z.a: napa sabtu pun keje?
Saya.: aku NGO maa..
Saya.: sabtu pun keja gak
fiza z.a: ic..
fiza z.a: erm..
fiza z.a: kenduri aku sabtu ni...
Saya.: sorry ye fizz..
Saya.: aku tahu ko kawen sabtu ni
Saya.: nora dah inform aku
Saya.: apa pun selamat pengantin baru!
Saya.: tahniah dear!
fiza z.a: ok..
fiza z.a: wish me luck ye...
fiza z.a: aku takut nih...
fiza z.a: hehe
Saya.: hehehe
Saya.: dah nikah belum?
fiza z.a: hari jumaat ni
Saya.: ok goodluck
Saya.: semoga semua nya berjalan lancar
Saya.: insyaAllah tiada halangan
fiza z.a: tenkiu tata...
Norhafizah binti Zainal Abidin
- Adalah kawan saya ketika di sekolah menengah. Walaupun kami berlainan sekolah tapi kami duduk di asrama yang sama dan pernah sedorm.
- Pernah bersama-sama outing secara curi-curi menonton wayang filem Kuch Kuch Hota Hei selepas kertas Biologi pada hari terakhir SPM. Saya ingat lagi Fizz ada kata masa jawab soalan tu dia dah asyik teringat akan filem itu saja, dan dia dah tak sabar nak keluar dewan cepat.
- Dia lah yang memperkenalkan dunia MiRC kepada saya. (Juga curi-curi keluar ke Cyber Cafe belakang asrama.
- Makan KFC bersama-sama (juga secara curian) dan ter kantoi dengan ustaz. Lagi mau balik naik van tumpang ustaz, padahal dah ter kantoi tu. Hahaha!
- Trademark dia yang saya ingat, "Tata.. nak blueberry pie, Tata." setiap kali kami meng order penghantaran dari En McD.
- Secara peribadi saya ter tahu sendiri rahsia kawan saya ini. Sehingga sekarang tiada siapa yang tahu. (Dah nama rahsia, ya tiada siapa tahu)
- Ahah! Kawan saya ini adalah adik angkat kepada Kak Juju.

Entry ini saya tujukan kepada Fizz yang akan melangsungkan majlis perkahwinan nya dengan pasangan Shah (gambar di atas) pada hari Sabtu ini 1 Mac 2008 di Shah Alam. Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, moga berbahagia selalu, insyaAllah.


Hari Ahad saya tidak dapat hadir jika tarikh itu jatuh sama dengan tarikh seminar saya. Antara seminar (yang hanya sebulan sekali, satu semester, 5-6 bulan hanya 4 kali), dengan majlis perkahwinan rakan saya agak sama penting, tapi minta maaf tapi saya tak dapat untuk tidak menghadirkan diri ke seminar itu.
Manakala hari Sabtu pula adalah hari kerja saya. Eh Sabtu pun kerja? Ya Sabtu adalah hari kerja saya sehingga jam 6ptg. Bukan saja majlis rakan-rakan tidak dapat saya hadiri tapi majlis saudara-mara, sepupu-sepapat pun saya tak dapat nak hadiri. Saya sedih! Bukan sebab saya tidak ingat pada mereka, tapi ada tuntutan lain yang lebih memerlukan saya.
Memang jealous dan sedih bila lihat rakan meng post gambar mereka menghadiri majlis itu. Kenapa saya tiada di situ? Huhuhu saya sedih sangat ni. Ok la saya nak pergi bilik air. (Bukan nak menangis ya, nak Asar.)
Monday, February 25, 2008
Sakit Belakang
Berikut adalah versi 'copy-and-paste' dari laman web di Internet mengenai sakit belakang.
Apakah itu sakit belakang yang kronik?
Sakit belakang yang kronik selalunya ditafsirkan sebagai sakit belakang yang terjadi sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan tidak dapat disembuhkan dengan rawatan perubatan tanpa pembedahan. Ini merupakan golongan pesakit belakang yang paling sukar dihadapi oleh doktor.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada sakit belakang
- Rasa tidak puas hati terhadap kerja == saya tiada masalah dengan kerja saya.
- Mengangkat barang secara berulang-ulang. == tak ingat pulak.
- Getaran berfrekuensi rendah. == err apa ni??
- Tahap pendidikan yang rendah. == haa tak faham!
- Merokok. == Ugh I hate smoker.
- Masalah sosial. == hehe tak de pun.
Kebanyakan punca-punca sakit belakang tidak akan menyebabkan penyakit-penyakit lain. Lebih separuh dari pesakit yang mengalami masalah ini akan sembuh dalam masa 7 hari. Pesakit yang mengalami sakit belakang yang dikaitkan dengan penyakit siatik, pada umumnya akan pulih dalam masa 4 minggu.
Pengurusan sendiri
- Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balutkan botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba di hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.
- Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
- Jangan mengangkat barang yang berat dan elak dari duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.
- Dapatkan nasihat dari mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
- Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan dari berulang lagi.
Amalan baik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari mendapat sakit belakang.
- Tidur di atas tilam berspring; letakkan papan di atas dasar tilam. == saya tidur atas toto je.
- Elakkan diri dari ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang. ==masalah nak menimpa mana kita tahu, kan?
- Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri. == ala tak dan nak fikir, berdiri dan duduk suka hati je.
- Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut sahaja. == ok saya cuba amalkan lepas ni.
- Rapatkan barang tersebut ke badan anda. == ee kalau sampah takkan nak rapat jugak?
- Pelajarilah senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda. == siapa boleh ajar? Sila angkat tangan!
- Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit. == saya tak memandu, pemandu saja yang memandu.
- Bagi wanita, pakailah kasut bertumit rendah. == tumit rendah? lambat la jalan. Err 2" rendah ke tinggi?
- Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan dari terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama. == ok ok saya cuba buat nanti.
- Pegang objek yang berat rapat ke badan anda. == ish berat la!
- Apabila duduk di atas kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. == ini tiada masalah. Sue Naa hang kena baca ni, hahaha..
Elakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan sakit belakang
- Membongkok ke hadapan dan berpusing terutamanya ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
- Membongkok ke hadapan dan ke bawah ketika bekerja.
- Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
- Berdiri terlalu lama.
- Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
- Duduk membongkok di atas kerusi.
- Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
- Memakai kasut bertumit tinggi.
Eheh kenapa ya saya memasukkan topik ini sebagai entry kali ni? Huhuhu ini adalah kerana sehingga hari ini sakit belakang saya masih tidak hilang. Sepanjang hari saya rasa belakang saya macam dipakukan sekeping papan yang keras yang bila saya tunduk atau bongkok membuatkan paku itu menusuk lebih dalam lagi dan hampir membuatkan saya menitiskan air mata. Aduh sungguh sakitnya.
Saya mula terfikir apakah sebab saya mendapat sakit belakang ini? (selain merupakan ujian dariNya untuk membuang dosa-dosa kecil saya) Dan saya telah mendapat jawapannya. Ini adalah kerana pada hari Ahad semalam saya tidak melakukan pemanasan badan ketika hendak bermain badminton. Sudah la tu mengangkat bulu tangkis secara tiba-tiba dan secara sambil lewa saja. Juga ditambah dengan kekalahan berlawan dengan kakak saya sendiri (main biasa-biasa saja, tapi mata tetap dikira, hehehe). Dan hasilnya adalah sakit belakang saya ini.
Saya nak cuba praktik kan apa yang artikel ini tulis. Kalau berjaya memang terbukti artikel ini bagus, dan jika tidak mungkin sebab saya tidak mencuba dengan erti kata sebenar. Eheh belum cuba dah ada jawapan? Hehehe. Tada..
Tempeh
Menu tengahari semalam keluarga saya adalah tempeh goreng bersambal. Saya teringat pernah menonton rancangan Martha Stewart Living dan ketika itu Puan Martha bersama tetamu undangan nya memasak resepi tempeh. Saya amat terkejut. Tempe sudah berada di luar negara? Amboi sudah maju nya makanan itu (dalam erti kata lain saya la yang ketinggalan tak tau pasal ni..) Esok nya saya belayar ke Internet dan mencari maklumat tentang tempeh.
"Tempeh/Tempe is made by a natural culturing and controlled fermentation process that binds soybeans into a cake form. It originated from Indonesia, invented by the Javanese, where it is most popular, although it is common in other parts of Southeast Asia as well, introduced by migrated Javanese. It is especially popular on the island of Java, where it is a staple source of protein. Like tofu, tempeh is made from soybeans, but tempeh is a whole soybean product with different nutritional characteristics and textural qualities. Tempeh's fermentation process and its retention of the whole bean give it a higher content of protein, dietary fiber and vitamins compared to tofu, as well as firmer texture and stronger flavor. Tofu, however, has a higher concentration of protein per carbohydrates, and is thought to be more versatile in dishes. Because of its nutritional value, tempeh is used worldwide in vegetarian cuisine; some consider it to be a meat analogue. Even long ago before people found and realized the rich nutrition fact of tempeh, tempeh was referred to as “Javanese meat.” http://www.tempeh.info/
Kebanyakan tahu yang tempeh adalah makanan orang Jawa di Malaysia, tapi orang bukan Jawa pun makan juga kan. Saya tidak berapa menyukai tempeh walaupun saya Jawa (haks haks haks) tapi air kacang soya saya minum pulak. Apa pun jangan dipandang enteng pada makanan ini kerana ia telah menaiki kapal terbang (saya pun tak pernah naik lagi tau) pergi ke negara Barat dan telah beramah mesra dengan Puan Martha. Hmm sungguh beruntung tempeh ni ya. Ye la rezeki masing-masing mana kita tahu kan?
Di bawah ni gambar resepi Lemon Broiled Tempeh yang disediakan oleh Puan Martha. Kalau nak cuba sila la ke http://www.marthastewart.com/recipe/lemon-broiled-tempeh?autonomy_kw=tempeh&rsc=image_1 (Eh eh saya ni macam mempromosikan Si Puan Martha ni pula. Tidak ya untuk pengetahuan semua.)

Saya tak berapa gemar tempeh tapi kawan saya Yusse, suka makan tempeh. Tu yang dia kata muka dia nampak lebih muda dari umur nya, awet muda la tu. Dalam link Cik Nana ni http://nurnana.wordpress.com/2008/02/04/muda-remaja/ ada cerita pasal Yusse Si Penggemar Tempeh (eheh macam dedicate untuk Yusse pula.. hahaha) Sila enjoy!
P/S: Saya tidak mendapat sebarang bayaran ya untuk mempromosikan laman-laman web di atas, sekadar untuk hiburan dan maklumat sahaja. Omongan kosong la kata kan. Tada..
Saturday, February 23, 2008
Bosan..
Tiba-tiba saya jadi bosan. Bosan yang keterlaluan rasanya. Tak tahu kenapa? Mungkin telah ditetapkan pusingan bumi saya hari ini jadi macam ni. Saya bosan dengan soalan-soalan yang hampir acap kali kena jawab, dan yang bosan nya lagi ditanya oleh orang yang sama juga. Antara nya..
"Bila lagi nak kenduri? Esok? Minggu depan?"
Haa tak pun ubah la sket soalan tu, contohnya mcm.. "Assignment dah siap? Boleh buat? Nak saya tolong?" Haa tak pun.. "Ni ada org nak berkenalan ni, sudi ke terima?" Wakakakakah.. hahaha..!!
p/s: Eheh.. kenapa saya letak gambar katak tu? Hahaha memang saya bosan sangat!
Friday, February 22, 2008
RM RM..!
Adakah saya terlambat tahu, atau tidak mengambil tahu, atau tak terambil tahu yang kerajaan telah mengeluarkan not baru untuk RM50? Apa pun ini adalah contoh RM50 itu. Hmm quite nice juga la..

P/S: Saya mengikut pesanan kawan saya Cik Nana.. katanya "Tata duit tak leh buat mcm tu la, kena letak tanda 'specimen' atau 'contoh'. Ya Cik Nana oleh itu saya telah mengikut kata nasihat dari Pakar Percukaian saya. Terima kasih ya.
Lelaki Itu.. eh silap.. Lelaki Ini.
Masa awal kemunculan iklan ni kat tv, saya tak ambil kisah sangat. Ye lah saya pun bukan jenis yang suka sangat tengok tv. Saya rasa terpanggil untuk meluah kan my point of view tentang cover album Anuar Zain ni selepas kejadian ni. Ini semua pendapat saya saja. Suatu malam ketika sedang bersantai (ceh cam kat pantai je) dan berehat depan tv dengan keluarga, keluar la iklan album terbaru penyanyi ini. The first thing that came up in my mind was, Allahuakbar kenapa la dia posed macam tu? Tak de gaya lain ke? But then it was only on my mind, so I kept it quiet. Tiba-tiba babah (aka abang ipar saya) tanya soalan ni pada anaknya.
Monday, February 11, 2008
Bersediakah kita?
Pagi tadi ketika sedang bersiap untuk ke tempat kerja, sayup-sayup kedengaran paluan 'kentong' (beduk) menandakan ada kematian. Pertama kali bunyi sayup sahaja (mungkin dari masjid) dan kali ke2 sedikit jelas (dari surau pula ni). Dalam hati berkata, "Siapa pula yang balik ni?" Tiba² teringat sajak yang selalu dengar di corong IKIM.fm.
Dahi Tak Cecah Sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
Seketika hati berdetik, bersediakah diri ini bila tiba masa nya untuk dipanggil balik? Bagaimanakah reaksi Si Utusan Pemanggil ketika datang menjengah? Diri ini mula menghitung semula segala apa yang telah dilakukan sepanjang hampir 27tahun hidup di dunia. Apa yang telah dilakukan? Untuk diri sendiri? Keluarga? Masyarakat? Agama? Alangkah malunya tiada satu pun yang boleh dibanggakan yang telah dicapai. Betapa sia-sia nya kehidupan selama ini. Bagaimana harus dijawab di sana kelak? Bagaimanakah ilmu yang diperolehi dimanfaatkan? Amal jariah apakah yang boleh dihitung untuk memantapkan laluan di titian sirat? Semakin kerdil rasanya bila direnung semua itu.
Namun selama manakah rasa keinsafan ini singgah di hati? Tidak cukup lama dan tidak cukup kuat untuk menggerakkan hati agar terus berubah menjadi yang sepatutnya. Alangkah ruginya!

