Tuesday, March 18, 2008

Surat terbuka untuk..

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kehadapan Cik Tammy, Cik Usar dan Cik Usil, semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sepenuhnya. Saya ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku malam tadi. Untuk rujukan dan kefahaman bersama, mari kita review apakah sebab musabab kejadian yang tidak diingini malam tadi berlaku.

Berikut adalah jadual saya pada hari Isnin 17.03.08 untuk rujukan bersama.

  • 6.40am : segelas air kosong
  • 7.05am : nasi goreng, tomoyam, air kosong
  • 7.10am - 4.50pm : 2keping biskut bergula, 2biji gula², tiada air kosong
  • 4.52pm : nasi goreng, air kosong
  • 8.05pm : nasi goreng, air teh o
  • 8.40pm : rojak mee, air sarsi.
  • 9.00pm : jemput² bilis, air teh o.

OK... jadual yang berwarna merah TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU!! and yet it did happened. Why? Sebab saya terlalu asyik mendengar kata Cik Hafsu. Oh makan la lagi, jangan risau baru pukul berapa kan? Malam masih muda, perut tu kan ke lapar, makan la.. makan la. Masa itu saya langsung tidak terfikir untuk bertanya pendapat Cik² sekelian, dan tidak terfikir pun akan akibat nya pada kita semua.

Jadi dengan itu berlaku la pengembaraan saya bertemu dengan Cik Puan Tan selama beberapa kali sepjg tengah malam tadi. Saya tahu walaupun saya tidur tapi Cik² sekelian tidak tidur kan? Sebab sibuk bekerja untuk saya juga. Saya sedih! Sebab atas kelalaian saya, kita semua jadi begini.

Dengan itu saya memohon maaf secara terbuka kepada Cik² sekelian. Di sini saya berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan ini. Saya berharap agar Cik² sekelian dapat memaafkan saya dan semoga selepas ini kita dapat bekerjasama dengan lebih harmoni lagi.

Sekian terima kasih. Wassalam.

*Cik Tammy - Cik Perut
*Cik Usar - Cik Usus Besar
*Cik Usil - Cik Usus Kecil
*Cik Hafsu - Cik Hawa Nafsu
*Cik Puan Tan - Cik Puan Tandas

14 komentar:

Anonymous said...

hahahaha.. ingtkn ape la td

wah,menu full ngn ns goreng. tomoyam? eheh.. (tau,saje wat tak faham2) =p

Anonymous said...

wow!!!

Anonymous said...

Hahahaha, dah dapat agak sebenarnya, Puan Dy itu pun suka pakai singkatan-singkatan itu, contohnya, "nak ter kenc" =D

Keh keh keh, betul-betul kata tata itu, kita misti bekerjasama dengan harmonii :-D

t.a.t.a said...

ixora:
senang sket nak menyebutnya..
satu patah perkataan je.. hehehe

nana:
weee...

mr ahfa:
cepat dan jimat masa, tenaga dan lidah sebenarnya..
ye bekerjasama utk kesejahteraan masing².
kan kan.. :-)

Anonymous said...

amvooii.. mcm sms jak

..::hamakakun::.. said...

er..saya tiap2 hari makan tak ikut waktu..huhu..
kena la tulis surat kepada perwakilan perut lepas ni..huhu..
xD

t.a.t.a said...

yginsaf:
mudah, jimat dan senang.. heheh

hamka kun:
hahahah lahabau la lu ni..
tak kesah laa.. itu hang punya perut..
hahaha... sayangilah perut anda!

elmi said...

hehehe..ada dapat balasan x?

t.a.t.a said...

tak sempat pos pun..
hampehhh jerr.. hahaha

K. Dill said...

ler... ye ye teman baca...gitu rupenyer citer kome...isk isk isk....


P/S: lawa header...... ;-)

t.a.t.a said...

hahaha..
tengkiu.. tengkiu..

isme_cv said...

Saya dah byk kali jugak buat benda benda yang sama yang awk kata tak sepatutnya (tulisan merah tu)..hehe.

Unknown said...

hahaha..okay...memang klakar
nick name ko bagi tu...
perut ko sensitive ehh?
so kena jaga pemakanan ekk...

Syazana Zainn said...

hihihi kelakar la sis ni :D

btw comel nama cik cik sekalian tu :p