Monday, March 10, 2008

Ooo Cik Kak..

Selamat hari jadi pada kakak ke-4 saya pada 09.03, semoga cepat-cepat la hang bawak marka hang tu mai jumpa mak, hehehe dan juga pada kenalan saya yang berkhidmat dengan K.A.G.A.T 10.03, selamat hari jadi!

Wawawah... pilihanraya sudah tamat, dan saya rasa ramai yang terkejut kan dengan keputusan nya. Bagi saya ini lah tanda negara kita negara demokrasi, dan erti kata lain membuktikan yang SPR adalah telus. Tapi tak tahu la kalau keputusan kali ni disengajakan dicipta hanya untuk membuktikan ketelusan SPR tu.. hmm hanya mereka dan kroni-kroni mereka saja yang tau.


Entri kali ini sebenarnya pasal ketidak puasan hati saya pada orang lain.


Semalam (ahad) saya dan abg saya mengisi minyak di Shell on the way ke majlis perkahwinan sepupu kami. Sampai di stesen minyak, tak banyak kenderaan yang ada. Ternampak kelibat 2 orang kakak sedang berborak di lane 2. Jadi kami pun masuk ke lane hujung. Hampir seketika tak nampak pula inisiatif mereka nak datang dan mengisi minyak kereta kami. Masih lagi berborak.
"Eh
self service ke bang?" tanya saya kat abg.
Setahu saya di kawasan ini masih lagi guna pekerja. Jadi kami pun tukar ke
lane 2 tempat mereka berborak, mungkin mereka tak perasan kot.. (ya la kereta kami ni kocik yo..)

15 saat berlalu.. masih lagi tiada tanda-tanda nak bergerak. Cuaca di luar makin panas, hati saya pun ikut panas jugak.

Tiba-tiba abg saya yang menduda sementara ini pun buka la cerita. Dia kata hari tu orang rumah dia (kakak ipar saya) isi minyak di stesen yang sama dan rasanya dengan pekerja yang sama juga. Bila dah habis isi kakak ipar saya ni pun terus la keluar stesen. Dalam perjalanan dia terdengar bunyi. Bila diperiksa rupa-rupanya penutup tangki minyak ada di atas bumbung! Alhamdulillah sempat tengok, kalau dibuatnya penutup tu tercicir kat tengah jalan, tak ke jadi hal nak pi cari lain? Ada jual ke? Kat mana jual nya? Itu kalau sikit tu tak pe la, kalau dibuat nya apa-apa hal lain berlaku macam mana? Masa tu anak buah saya pun ada ikut sama dalam kereta. Hmm asyik sangat berborak sampai kan terlupa nak tutup semula. Apa kejadah nya la mereka ni buat kerja..!

Lepas dengar cerita abg saya ni apa lagi naik hangin la saya!
"Dah la kak! Jangan la nak borak aje!!"
Baru lah kakak tu bergerak. Itu pun mulut masih lagi tak berhenti berborak tu. Tension nya saya!!
"Hish.. adik aku ni." Biasa la bang hati
manyak panas maa..
Lepas isi kami pun terus
blah.
"Tak payah nak ucap terima kasih. Tak patut pun nak cakap terima kasih kat orang macam ni." eheh abg saya pulak bebel?!


Bagi saya walaupun sebesar mana perbuatan kita sedikit sebanyak mempengaruhi dan memberi kesan pada orang lain juga tanpa kita sedari. Bagi kita kecil je perbuatan tu tapi kesan dan impak nya boleh memakan masa yang lama dan berterusan pula tu. Jadi kepada kakak-kakak stesen minyak tadi tu, sila la beri perhatian dan tumpuan pada kerja anda ya. Bukan tak leh berborak tapi tengok la waktu yang sesuai. So tolong ya kak ya... ok?!

P/S: Sepupu saya ada share tau kat stesen minyak tu, karang tak pasal-pasal saya jadi jahat karang.. hahahahahaha!!!!! (Ketawa sambil tanduk sudah timbul sedikit.)

17 komentar:

Anonymous said...

Ishk, ishk, ishk.. garangnya cik tata ni. takutnyaaa~!

Anonymous said...

saye pun penah sound org..tapi kat kedai makan..tau la kitorg budak2,bleh la serve lambat2..huhu..

t.a.t.a said...

cik mentega terbang:
heheheheh... sy pun ada ikut gene abah saya..
garang! sikit jerr...

cik fauzani:
kes kat kedai mkn pulak, tgu punya lama dari belum masuk zohor smp jumaat habis...
baru nak celur mihun??
"Kak tak payah buat la.. cancel order!"
sy bangun terus blah! bengang maa!!

cacah said...

haha...garang jugak cik tata ni. mak saya pun pernah kena ngan pekerja stesen minyak ni. on the same day pulak tu...
i. budak tu silap pulangkan duit (terlebih dia bagi..)
ii. lupa nak tutup entrance tangki minyak...
nasib lah budak tu berdepan ngan mak saya..kalu ngan saya...tak tahulah...huuu

t.a.t.a said...

isshhh depa ni sukak² je memain ngan benda petrol² ni..
kan ke merbahaya...?
kalau betul hilang penutup tu..
biar depa je yg jadi pengganti.
pedulik hapa saya..!
hah hah hah!

..::hamakakun::.. said...

uish..masing2 melepaskan geram..
ganas sungguh gadis2 sekarang..
takutnya saya..haha..

m..kalau masuk stesen minyak tapi takde sorang pun jaga..mcm mana tu?
pusing2 keliling stesen minyak pun tgk orang takda..
dan kita seorang sahaja yang nak isi minyak..orang lain laju je..
stesen minyak berhantukah?
waaaa...

t.a.t.a said...

en hamakakun:
kalau stesen berhantu..
minyak pun berhantu..
kalau minyak tu dah masuk dlm tangki..
so kereta pun jadi kereta hantu...
waaaa takutnyer..

..::hamakakun::.. said...

wa...wa...
janganlah begitu..
tdo dulu lah..
(selubung selimut) XD

t.a.t.a said...

anak jantan.. takut ke?
hahahahahah... (sambil mengerbangkan tangan mcm ponti anak)
LOL..

Anonymous said...

uuuuu takotnye saye...


huhuhu.

..::hamakakun::.. said...

wa...wa...
(ambil batu, baling!)
baca ayat kolamusa ngan lakodja..
kuikui..

t.a.t.a said...

alamak..! puff!! (hilang!)
(balik rumah rehat, mlm nanti sambung)
hihihihihihi...

Anonymous said...

eh,lupa lak nk wish besday smlm!

happy belated birthday to your sister and also to your friend! =)

p/s : besday diorg yg ke brp eh?

t.a.t.a said...

itu besday depa yg ke tiga puluhan tahun dah..
tapi memasing bujang lagi nun..
hehehe

Anonymous said...

http://nurnana.wordpress.com/2008/03/12/tag-tiga/

wat ni, tata..

Anonymous said...

saya mencik customer service yang hampas seperti ini. huh.

t.a.t.a said...

nana:
okies.

mk:
akak pun mencik!