Suatu hari di perhentian bas Pudu dalam bas menuju ke Alor Setar, Kedah.
Ayah: "Bang, ni saya hantar anak saya ni. Nanti kalau dah sampai di Ipoh, kejutkan dia ya."
Pemandu: "Hmm.. ye la.."Dengan lafaz bismillah maka mereka pun memulakan perjalanan. Dalam perjalanan si anak tadi bertanya pada pemandu, "Pakcik kita dah sampai Ipoh ke?" "Belum lagi, baru nak keluar KL ni." jawab pemandu. "Oo ye ke." Terangguk-angguk la anak itu tanda faham.
Kira-kira 1 jam kemudian bertanya lagi si anak tadi, "Pakcik kita dah sampai Ipoh ke?" "Belum lagi. Masih jauh lagi ni. Apa kata anak tidur dulu, nanti dah sampai pakcik kejutkan, ya?" Cadang pemandu bas itu. Si anak tadi pun lega rasanya, "Ok." jawab nya dan dia pun tidur. Lalu perjalanan pun diteruskan.
Untuk pengetahuan pakcik ini adalah seorang yang komited dan berdedikasi pada pekerjaan nya, terlalu khusyuk memandu sehinggakan dia terlupa untuk mengejutkan anak itu tadi, sedangkan bas sekarang sudah sampai di Alor Setar.
Macam mana ni? Sedangkan anak itu nak turun di Ipoh? Maka berbincanglah pemandu bas itu dengan penumpang-penumpang yang lain. Setelah bermesyuarat yang tanpa ada pengerusi tetap maka kata putus pun dicapai. Kerana kasihan pada budak itu mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Ipoh.
Sampai di Ipoh pakcik tadi pun mengejutkan la si anak itu, "Naakk.. bangun. Kita dah sampai Ipoh dah ni."
"Haa.. kita dah sampai Ipoh ye pakcik? Yea yeah..."
Maka bangun la anak itu dan terus mencapai bag yang dibawa nya tadi. Lalu dikeluarkan la bekal makanan dan dia pun mula memakan nya. Yang lain kehairanan.
"Eh anak ni nak pergi mana sebenarnya?" tanya pakcik pemandu itu.
"Saya nak pergi ke Alor Setar, pakcik."
"Dah tu kenapa suruh kejutkan bila sampai Ipoh??"
"Oo.. mak saya pesan suruh makan bekal ni bila sampai di Ipoh. Makan.. pakcik. Bismillah..."
Haaa...??
So children, what is the moral of this story? Jawab jangan tak jawab.. hehehe.
P/S: Cerita ni diceritakan oleh pensyarah semester 1 saya.

11 komentar:
saya tau saya tau..
sabar itu separuh dari iman.
walaupun dalam hati rasa nak bagi pelempang, tapi sabarlah ya pakcik..
2nd, nak makan bacalah bismilah.
dengan itu, pakcik bas itu akan sejuk hati sedikit..haha..
hahahahaha. mak nye pun satu. bukan nak bagitau pakcik bus apesal kena kejutkan bila sampai ipoh. ini la namanye 'bodoh piang'.
hahahaha.
Hahaha, pakcik tu misti dapat memakan pelempang sorang sekeping dari para penumpang yang lain, keh keh keh, lawak seh cerita nih :-D
crite yg sengal...heh
ya dan pakcik tu pun sengal gak kan...?
malu bertanya sesat jalan..
hahahah..
moralnya... jangan jadi lurus bendul. hehe.
oh hi aisyah rozi..
welcome to my humble blog..
heheh
tata...leh tak aku jadi pengerusi tetap mesyurata pakcik pemandu ngan penumpang2 lain...hehehhehe
boleh aje.. hantar resume dulu yee..
amik no.. ni dah ramai yg beratur ni..
hahaha.. mintak izin mohsin dulu..
then gaji ko suh la dia bayar..
hehehhe..
pakcik tu tak bersalah~! huhu
hahahhahaha... sengal!!!
Post a Comment