Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, March 18, 2008

Surat terbuka untuk..

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kehadapan Cik Tammy, Cik Usar dan Cik Usil, semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sepenuhnya. Saya ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku malam tadi. Untuk rujukan dan kefahaman bersama, mari kita review apakah sebab musabab kejadian yang tidak diingini malam tadi berlaku.

Berikut adalah jadual saya pada hari Isnin 17.03.08 untuk rujukan bersama.

  • 6.40am : segelas air kosong
  • 7.05am : nasi goreng, tomoyam, air kosong
  • 7.10am - 4.50pm : 2keping biskut bergula, 2biji gula², tiada air kosong
  • 4.52pm : nasi goreng, air kosong
  • 8.05pm : nasi goreng, air teh o
  • 8.40pm : rojak mee, air sarsi.
  • 9.00pm : jemput² bilis, air teh o.

OK... jadual yang berwarna merah TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU!! and yet it did happened. Why? Sebab saya terlalu asyik mendengar kata Cik Hafsu. Oh makan la lagi, jangan risau baru pukul berapa kan? Malam masih muda, perut tu kan ke lapar, makan la.. makan la. Masa itu saya langsung tidak terfikir untuk bertanya pendapat Cik² sekelian, dan tidak terfikir pun akan akibat nya pada kita semua.

Jadi dengan itu berlaku la pengembaraan saya bertemu dengan Cik Puan Tan selama beberapa kali sepjg tengah malam tadi. Saya tahu walaupun saya tidur tapi Cik² sekelian tidak tidur kan? Sebab sibuk bekerja untuk saya juga. Saya sedih! Sebab atas kelalaian saya, kita semua jadi begini.

Dengan itu saya memohon maaf secara terbuka kepada Cik² sekelian. Di sini saya berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan ini. Saya berharap agar Cik² sekelian dapat memaafkan saya dan semoga selepas ini kita dapat bekerjasama dengan lebih harmoni lagi.

Sekian terima kasih. Wassalam.

*Cik Tammy - Cik Perut
*Cik Usar - Cik Usus Besar
*Cik Usil - Cik Usus Kecil
*Cik Hafsu - Cik Hawa Nafsu
*Cik Puan Tan - Cik Puan Tandas

Monday, March 17, 2008

Tips untuk kesihatan.

Answer the phone by LEFT ear
Do not drink coffee TWICE a day
Do not take pills with COOL water
Do not have HUGE meals after 5pm
Reduce the amount of TEA you consume
Reduce the amount of OILY food you consume
Drink more WATER in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS
Do not use headphones/earphone for LONG period of time
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

Forward this (or post to your blog) so that those whom you CARE about share the benefits.

Source: email!

Monday, February 25, 2008

Sakit Belakang

Berikut adalah versi 'copy-and-paste' dari laman web di Internet mengenai sakit belakang.

Apakah itu sakit belakang yang kronik?
Sakit belakang yang kronik selalunya ditafsirkan sebagai sakit belakang yang terjadi sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan tidak dapat disembuhkan dengan rawatan perubatan tanpa pembedahan. Ini merupakan golongan pesakit belakang yang paling sukar dihadapi oleh doktor.


Faktor-faktor yang menyumbang kepada sakit belakang

  • Rasa tidak puas hati terhadap kerja == saya tiada masalah dengan kerja saya.

  • Mengangkat barang secara berulang-ulang. == tak ingat pulak.

  • Getaran berfrekuensi rendah. == err apa ni??

  • Tahap pendidikan yang rendah. == haa tak faham!

  • Merokok. == Ugh I hate smoker.

  • Masalah sosial. == hehe tak de pun.

Kebanyakan punca-punca sakit belakang tidak akan menyebabkan penyakit-penyakit lain. Lebih separuh dari pesakit yang mengalami masalah ini akan sembuh dalam masa 7 hari. Pesakit yang mengalami sakit belakang yang dikaitkan dengan penyakit siatik, pada umumnya akan pulih dalam masa 4 minggu.

Pengurusan sendiri

  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balutkan botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba di hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.

  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.

  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak dari duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.

  • Dapatkan nasihat dari mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan dari berulang lagi.

Amalan baik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari mendapat sakit belakang.

  • Tidur di atas tilam berspring; letakkan papan di atas dasar tilam. == saya tidur atas toto je.

  • Elakkan diri dari ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang. ==masalah nak menimpa mana kita tahu, kan?

  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri. == ala tak dan nak fikir, berdiri dan duduk suka hati je.

  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut sahaja. == ok saya cuba amalkan lepas ni.

  • Rapatkan barang tersebut ke badan anda. == ee kalau sampah takkan nak rapat jugak?

  • Pelajarilah senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda. == siapa boleh ajar? Sila angkat tangan!

  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit. == saya tak memandu, pemandu saja yang memandu.

  • Bagi wanita, pakailah kasut bertumit rendah. == tumit rendah? lambat la jalan. Err 2" rendah ke tinggi?

  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan dari terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama. == ok ok saya cuba buat nanti.

  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda. == ish berat la!

  • Apabila duduk di atas kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. == ini tiada masalah. Sue Naa hang kena baca ni, hahaha..

Elakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan sakit belakang

  • Membongkok ke hadapan dan berpusing terutamanya ketika mengangkat atau menarik sesuatu.

  • Membongkok ke hadapan dan ke bawah ketika bekerja.

  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.

  • Berdiri terlalu lama.

  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.

  • Duduk membongkok di atas kerusi.

  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.

  • Memakai kasut bertumit tinggi.

Eheh kenapa ya saya memasukkan topik ini sebagai entry kali ni? Huhuhu ini adalah kerana sehingga hari ini sakit belakang saya masih tidak hilang. Sepanjang hari saya rasa belakang saya macam dipakukan sekeping papan yang keras yang bila saya tunduk atau bongkok membuatkan paku itu menusuk lebih dalam lagi dan hampir membuatkan saya menitiskan air mata. Aduh sungguh sakitnya.

Saya mula terfikir apakah sebab saya mendapat sakit belakang ini? (selain merupakan ujian dariNya untuk membuang dosa-dosa kecil saya) Dan saya telah mendapat jawapannya. Ini adalah kerana pada hari Ahad semalam saya tidak melakukan pemanasan badan ketika hendak bermain badminton. Sudah la tu mengangkat bulu tangkis secara tiba-tiba dan secara sambil lewa saja. Juga ditambah dengan kekalahan berlawan dengan kakak saya sendiri (main biasa-biasa saja, tapi mata tetap dikira, hehehe). Dan hasilnya adalah sakit belakang saya ini.

Saya nak cuba praktik kan apa yang artikel ini tulis. Kalau berjaya memang terbukti artikel ini bagus, dan jika tidak mungkin sebab saya tidak mencuba dengan erti kata sebenar. Eheh belum cuba dah ada jawapan? Hehehe. Tada..