Monday, February 25, 2008

Sakit Belakang

Berikut adalah versi 'copy-and-paste' dari laman web di Internet mengenai sakit belakang.

Apakah itu sakit belakang yang kronik?
Sakit belakang yang kronik selalunya ditafsirkan sebagai sakit belakang yang terjadi sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan tidak dapat disembuhkan dengan rawatan perubatan tanpa pembedahan. Ini merupakan golongan pesakit belakang yang paling sukar dihadapi oleh doktor.


Faktor-faktor yang menyumbang kepada sakit belakang

  • Rasa tidak puas hati terhadap kerja == saya tiada masalah dengan kerja saya.

  • Mengangkat barang secara berulang-ulang. == tak ingat pulak.

  • Getaran berfrekuensi rendah. == err apa ni??

  • Tahap pendidikan yang rendah. == haa tak faham!

  • Merokok. == Ugh I hate smoker.

  • Masalah sosial. == hehe tak de pun.

Kebanyakan punca-punca sakit belakang tidak akan menyebabkan penyakit-penyakit lain. Lebih separuh dari pesakit yang mengalami masalah ini akan sembuh dalam masa 7 hari. Pesakit yang mengalami sakit belakang yang dikaitkan dengan penyakit siatik, pada umumnya akan pulih dalam masa 4 minggu.

Pengurusan sendiri

  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balutkan botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba di hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.

  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.

  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak dari duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.

  • Dapatkan nasihat dari mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan dari berulang lagi.

Amalan baik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari mendapat sakit belakang.

  • Tidur di atas tilam berspring; letakkan papan di atas dasar tilam. == saya tidur atas toto je.

  • Elakkan diri dari ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang. ==masalah nak menimpa mana kita tahu, kan?

  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri. == ala tak dan nak fikir, berdiri dan duduk suka hati je.

  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut sahaja. == ok saya cuba amalkan lepas ni.

  • Rapatkan barang tersebut ke badan anda. == ee kalau sampah takkan nak rapat jugak?

  • Pelajarilah senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda. == siapa boleh ajar? Sila angkat tangan!

  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit. == saya tak memandu, pemandu saja yang memandu.

  • Bagi wanita, pakailah kasut bertumit rendah. == tumit rendah? lambat la jalan. Err 2" rendah ke tinggi?

  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan dari terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama. == ok ok saya cuba buat nanti.

  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda. == ish berat la!

  • Apabila duduk di atas kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. == ini tiada masalah. Sue Naa hang kena baca ni, hahaha..

Elakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan sakit belakang

  • Membongkok ke hadapan dan berpusing terutamanya ketika mengangkat atau menarik sesuatu.

  • Membongkok ke hadapan dan ke bawah ketika bekerja.

  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.

  • Berdiri terlalu lama.

  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.

  • Duduk membongkok di atas kerusi.

  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.

  • Memakai kasut bertumit tinggi.

Eheh kenapa ya saya memasukkan topik ini sebagai entry kali ni? Huhuhu ini adalah kerana sehingga hari ini sakit belakang saya masih tidak hilang. Sepanjang hari saya rasa belakang saya macam dipakukan sekeping papan yang keras yang bila saya tunduk atau bongkok membuatkan paku itu menusuk lebih dalam lagi dan hampir membuatkan saya menitiskan air mata. Aduh sungguh sakitnya.

Saya mula terfikir apakah sebab saya mendapat sakit belakang ini? (selain merupakan ujian dariNya untuk membuang dosa-dosa kecil saya) Dan saya telah mendapat jawapannya. Ini adalah kerana pada hari Ahad semalam saya tidak melakukan pemanasan badan ketika hendak bermain badminton. Sudah la tu mengangkat bulu tangkis secara tiba-tiba dan secara sambil lewa saja. Juga ditambah dengan kekalahan berlawan dengan kakak saya sendiri (main biasa-biasa saja, tapi mata tetap dikira, hehehe). Dan hasilnya adalah sakit belakang saya ini.

Saya nak cuba praktik kan apa yang artikel ini tulis. Kalau berjaya memang terbukti artikel ini bagus, dan jika tidak mungkin sebab saya tidak mencuba dengan erti kata sebenar. Eheh belum cuba dah ada jawapan? Hehehe. Tada..

3 komentar:

Anonymous said...

aku sakit blakang gak
rasa cam nk g urut jek..

Anonymous said...

Ehehehe,macamana sakit belakang disebabkan pendidikan yang rendah? =D

Hohoho, kalo sakit belakang ni elok makan panadol extend, baru tak rasa. Tapi kena la elak dari berbuat mcm yg dah diterangkan tu.

Bahaya sakit belakang nih, boleh affect mood kan?

t.a.t.a said...

nana:
cari tukang urut pompuan tau..
cari yg masih kuat, besh dia urut.. haks

mr ah fa:
betul, mmg efek pada mood. tension loh.
ahah! panadol extend! kok nya kelalen.. ye lah hamba ni jenis yg tak suka makan ubat, tu pasal tak ingat.
tq tq mr ah fa.